Arkib Pengumuman

Sesi Pengundian Dalam Talian Untuk Pertandingan World Summit On Information Society (WSIS) Prizes 2018

09/02/2018

Assalamualaikum, Salam Kegemilangan, Salam 1Malaysia

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

 

YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perhatian YBhg. Dato' Dr./ YBrs. Dr./ Tuan / Puan kepada perkara yang tersebut di atas.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kesemua tujuh (7) penyertaan produk MAMPU iaitu: (i) 1GovEA; (ii) 1Gov*NET; (iii) GPKI; (iv) 1MOCC; (v) GAMMA; (vi) DDMS; dan (vii) MYISMS telahpun dipilih oleh panel penilai profesional untuk ke peringkat kedua iaitu Fasa Pengundian Awam Dalam Talian untuk pertandingan WSIS Prizes 2018 anjuran International Telecommunications Union (ITU). Lima (5) projek yang mendapat undian tertinggi dalam peringkat ini akan layak ke peringkat akhir pertandingan di mana pemenang akan ditentukan oleh Kumpulan Pakar WSIS. Majlis penyampaian anugerah pula akan diadakan semasa WSIS Forum 2018 yang akan diadakan pada 19 - 23 Mac 2018 di Ibu Pejabat ITU di Geneva, Switzerland.

 

3.         Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato' Dr./ YBrs. Dr./ Tuan / Puan dengan hormatnya dijemput untuk melaksanakan undian dalam talian dengan melayari laman web pertandingan di https://www.itu.int/net4/wsis/prizes/2018. Tarikh tutup undian ialah pada 18 Februari 2018.

 

4.         Bersama-sama ini dipanjangkan panduan pengundian dalam talian untuk perhatian dan rujukan YBhg. Dato' Dr./ YBrs. Dr./ Tuan / Puan jua. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato' Dr./ YBrs. Dr. /Tuan /Puan dalam perkara ini amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian,

 

"BERSAMA-SAMAMELAKSANAKAN TRANSFORMASI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

 

Urus Setia Sub-Projek MyISMS App Bahagian Perundingan ICT, MAMPU, JPM Aras 5, Blok B, Bangunan Zon Teknologi MKN-Embassy, No. 3200, Jalan Teknokrat 2, 63000 CYBERJAYA, SEPANG, SELANGOR. b.p.   Ketua Pengarah

MAMPU

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------

 

PANDUAN PENGUNDIAN DALAM TALIAN UNTUK PERTANDINGAN WSIS PRIZES 2018

1. Layari https://www.itu.int/net4/wsis/prizes/2018/

2. Klik butang "Nominations"

3. Klik butang "Nominated Projects"

4. Senarai projek yang tercalon akan dipaparkan mengikut kategori. Klik butang "Vote"

5. Antaramuka log masuk akan dipaparkan:

 

5.1. Sekiranya anda sudah mendaftarkan akaun di WSIS Stocktaking Platform, log masuk menggunakan nama pengguna atau emel1 yang telah didaftarkan serta katalaluan.

 

5.2. Sekiranya anda seorang pengguna baharu, daftar akaun baharu menggunakan emel peribadi dengan menekan pautan "click here to register":

 

i. Isi maklumat yang diperlukan. Satu email pengesahan akan dihantar ke akaun email yang didaftarkan;

ii. klik pautan pengesahan yang dihantarkan ke akaun email anda;

iii. antaramuka log masuk akan dipaparkan; dan

iv. log masuk menggunakan nama pengguna atau alamat email dan katalaluan yang telah didaftarkan

 

6. Senarai projek akan dipaparkan mengikut kategori. Pilih produk MAMPU yang dicalonkan dengan menekan butang "Vote for this Project" di sebelah kanan ruangan maklumat projek.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 31 kali.


Kembali ke Atas