Arkib Pengumuman

Pemakluman Penutupan Sementara Rangkaian 1Pahangnet Akibat Kerja-Kerja Penyelenggaraan Firewall, Web Application Firewall & Sistem Webmel Pahang serta Kerja-Kerja Berkaitan di Blok B, Wisma Sri Pahang (10 Julai 2020 (Jumaat) - 12 Julai 2020 (Ahad))

02/07/2020

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YB/YH Dato' Sri/Dato' Indera/Dato'/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan elektrik serta kerja-kerja berkaitan yang diselaraskan oleh Unit Operasi , BTM akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh:10 Julai 2020 (Jumaat) - 12 Julai 2020 (Ahad)
Masa
:(Jumaat) 5.30 petang hingga Selesai
Lokasi:Blok B, Wisma Sri Pahang

 
3.     Sehubungan itu, operasi di Pusat Data Utama akan ditutup buat sementara waktu sehingga kerja-kerja penyelenggaraan tersebut selesai. Sebarang akses capaian kepada sistem aplikasi yang dihosting di Pusat Data Utama menggunakan nama domain pahang.gov.my, pahang.my, pahang.edu.my juga tidak dapat dicapai sehingga keadaaan kembali pulih.

4.     Kerjasama daripada pihak YB/YH Dato' Sri/Dato' Indera/Dato'/Tuan/Puan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.


Pentadbir Emel Kerajaan Negeri Pahang

Bahagian Teknologi Maklumat 

Halaman ini belum pernah dipaparkan.


Kembali ke Atas