Category: Berita Akhbar

img

Md Rusli (tengah) menyampaikan bayaran rebat langganan 2015 kepada Hanafiah dalam satu majlis, di sini, hari ini.

KUALA ROMPIN – Sokongan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rompin yang bergiat dalam industri sawit di daerah ini menjadi nadi kepada kelangsungan perniagaan membeli buah berkenaan yang menyumbang pendapatan sekitar RM700,000 bagi tahun ini.

PPK Rompin yang memiliki jumlah sekitar 5000 ahli itu merupakan satu-satunya PPK di Pahang yang membuat pemasaran sawit sendiri yang memerlukan modal pusingan yang tinggi terutama pada musim hasil dan harga tinggi.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarahnya, Datuk Md Rusli Ismail, berkata, purata urusniaga bagi pembelian sawit di Pusat Timbang PPK Rompin sekitar RM2 juta sebulan melibatkan 700 ahli dan bukan ahli.

Menurutnya, nilai urusniaga yang tinggi itu bergantung kepada jualan pekebun yang dipengaruhi oleh faktor harga sawit sekarang yang dan hasil buah yang tinggi pada bulan Jun hingga November lalu.

“Disebabkan sokongan ahli yang tinggi, kita satu-satunya PPK di negeri ini menyediakan rebat pembelian sawit kepada mereka yang dibayar setahun sekali berdasarkan jumlah tan yang dijual kepada pusat timbang kita.

“Jumlah yang paling tinggi kita pernah bayar sebelum ini RM5.00 bagi setiap tan bergantung kepada kelulusan oleh Pendaftar Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berdasarkan prestasi kewangan, namun bagi tahun ini hanya RM1.50 diluluskan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Pembayaran Rebat Langganan 2015 kepada ahli PPK Rompin terlibat di Pusat Timbang Kelapa Sawit Janglau, di sini,  hari ini yang turut dihadiri Pengurus Besar PPK Rompin, Shamsuddin Esa.

Md Rusli berkata, Pusat Timbang PPK Rompin juga mengamalkan sistem bayaran pembelian mengikut hari atau bulanan yang bergantung kepada keselesaan pelanggan namun setakat ini ramai yang memilih bayaran mengikut hari.

Sementara itu, ahli PPK Rompin, Hanafiah Hashim, 56, yang merupakan antara ahli yang mencatat jualan sawit tertinggi mengakui bayaran rebat adalah kelebihan berurusniaga dengan Pusat Timbang PPK Rompin.

Menurutnya, walaupun tahun ini lebih sedikit berbanding tahun sebelumnya namun ia masih tetap diberikan secara tidak langsung penghargaan kepada ahli itu tetap suatu yang besar terutama bagi yang memerlukan.

 

*sumber: Sinar Harian edisi Pahang

Statistik Pengunjung

463525
Hari IniHari Ini113
SemalamSemalam216
Minggu IniMinggu Ini770
Bulan IniBulan Ini4873
KeseluruhanKeseluruhan463525
Kami mempunyai 5 tetamu dan tiada ahli di talian
  • Tarikh Kemaskini :Friday 07 July 2017, 15:13:08.

Waktu Operasi Kaunter

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 3.00pm

HARI JUMAAT
8.30am - 12.00pm
2.30pm - 3.30pm

MATI SETEM (LHDN)
SETIAP ISNIN, RABU DAN KHAMIS

Jam
9.00am - 3.00pm

Mobile Web   Google Plus   Laman Facebook PDT Rompin   Laman Youtube Pedatar   RSS Feed

Lokasi Kami

Lokasi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rompin,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Rompin Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-414 5205
Fax. : 09-414 6818
emel : pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my
aduan : aduan.pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my

Latitude: 2.800298
Longitud: 103.485815

QR Kod Mobile Web

Layari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtrompin.pahang.gov.my/mobile atau imbas QR code anda dibawah
Qr Code
QR Kod Mobile Web Paparan terbaik dengan menggunakan telefon pintar Android, Blackberry atau Apple.