Category: Berita Akhbar

img

Prabu (kiri) ketika menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Pahang yang disampaikan oleh Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani.

KUALA ROMPIN - “Selama tiga tahun berkhidmat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, sokongan dan kerjasama daripada rakan-rakan setugas, anggota atau pegawai sangat baik hingga tak rasa pun saya keturunan India."

Demikian luah Inspektor Prabu a/l Parimuthu, 29, yang berkhidmat di Cawangan Siasatan Jenayah dan sangat selesa menjalankan tugas walaupun dikelilingi oleh majoriti rakan setugas berketurunan Melayu.

Beliau yang berasal dari batu Pahat, Johor, berkata, beliau memilih kerjaya sebagai polis adalah demi menunaikan hasrat ayahnya yang mahu sekurang-sekurang seorang daripada empat anaknya menjadi polis.

“Selama berkhidmat saya diberi layanan yang sama dengan semangat Malaysia hingga kan tak pernah rasa saya keturunan India sedangkan majoriti anggota dan pegawai adalah Melayu, mereka beri sokongan dan kerjasama yang sangat baik.

“Lagi satu, saya sebenarnya menunaikan cita-cita ayah, dulu dia nak jadi polis tapi tak dapat, jadi dia mahu seorang anaknya jadi polis, tak sangka saya anak bongsu yang tunaikan cita-cita dia,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Lawatan Kerja Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani ke IPD Rompin, hari ini.

Seramai 15 anggota dan pegawai serta lima orang awam menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Pahang manakala 20 anggota menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 pada majlis itu.

Prabu yang juga merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan setugas yang banyak memberi tunjuk ajar.

“Selepas tamat latihan dan ditempatkan di IPD Rompin, ketika itu saya memang kosong tapi rakan-rakan senior banyak membantu dan beri tunjuk ajar terutama dalam menjalankan siasatan kes jenayah serta sebagainya,” katanya.

 

*sumber: Sinar Harian edisi Pahang

Statistik Pengunjung

474358
Hari IniHari Ini144
SemalamSemalam186
Minggu IniMinggu Ini1286
Bulan IniBulan Ini4638
KeseluruhanKeseluruhan474358
Kami mempunyai 54 tetamu dan tiada ahli di talian
  • Tarikh Kemaskini :Thursday 19 October 2017, 13:36:03.

Waktu Operasi Kaunter

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 3.00pm

HARI JUMAAT
8.30am - 12.00pm
2.30pm - 3.30pm

MATI SETEM (LHDN)
SETIAP ISNIN, RABU DAN KHAMIS

Jam
9.00am - 3.00pm

Mobile Web   Google Plus   Laman Facebook PDT Rompin   Laman Youtube Pedatar   RSS Feed

Lokasi Kami

Lokasi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rompin,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Rompin Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-414 5205
Fax. : 09-414 6818
emel : pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my
aduan : aduan.pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my

Latitude: 2.800298
Longitud: 103.485815

QR Kod Mobile Web

Layari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtrompin.pahang.gov.my/mobile atau imbas QR code anda dibawah
Qr Code
QR Kod Mobile Web Paparan terbaik dengan menggunakan telefon pintar Android, Blackberry atau Apple.