Category: Berita Akhbar

img

Mohd Johari (tengah) bersama peserta Empower ECER Rompin selepas menyampaikan replika cek kepada peserta terpilih mendapat bantuan peralatan bagi mengembangkan perniagaan mereka.

KUALA ROMPIN – Bermula dengan membuka kedai membaiki telefon bimbit yang menyasarkan pelanggan daripada kalangan penduduk kampung sahaja, kini mula berjinak-jinak sebagai ‘doktor telefon jalanan’.

Penduduk Kampung Pianggu, Ahmad Radzuan Hafiz R Asman, 23, berkata, idea itu tercetus selepas melihat belum ada tukang baiki telefon bimbit membuka meja menawarkan perkhidmatan itu di tepi jalan kerana kebiasaannya dilakukan di kedai.

Beliau yang telah bergiat dalam kerjaya itu sejak dua tahun lalu berkata, kaedah perniagaan yang baru dilakukannya sebulan lalu itu mendapat sambutan sangat baik dan telah meningkatkan pendapatannya.

Menurutnya, kaedah itu turut mempunyai kekangan kerana peralatan membaiki dibawa terhad yang mana hanya kerosakan kecil boleh dibaiki terus, manakala kerosakan serius perlu dibaiki di kedai dan pelanggan boleh ambil pada Sabtu berikutnya.

“Sekarang masa saya nak cuba buat benda pelik. Saya tengok belum ada orang buat buka bonet kereta, buka meja, payung dan tawarkan servis baiki telefon bimbit. Selepas sebulan perkembangannya sangat positif.

“Ada fikir nak buat setiap hari tapi tak boleh sebab perlu fokus pada kedai juga. Sekarang saya hanya buat setiap hari Sabtu di Mersing, Johor dan tak sangka sambutan diberikan penduduk di sana begitu baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Kempen Kesedaran Empower ECER dan Penyerahan Bantuan Peralatan oleh Teraju di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin, semalam, yang dirasmikan oleh Exco Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain.

Jumlah keseluruhan bantuan bernilai RM71,964 diagihkan kepada 13 peserta Empower ECER Rompin yang terpilih selepas membuat permohonan sebelum ini bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Ahmad Radzuan Hafis merupakan pelatih cemerlang Empower ECER Rompin yang diumumkan pada majlis graduasi pada Ogos lalu dan kini dia turut berhasrat membuka cawangan kedainya di pekan Tanjung Gemok sebagai usaha melebarkan sayap perniagaannya.

“Kedai di kampung tetap kekal demi masyarakat kampung yang selama ini banyak menyokong saya dan memang saya berharap dapat kedai baru di pekan kerana di sana pun ramai yang memerlukan khidmat saya," katanya.

 

*sumber: Sinar Harian edisi Pahang

Statistik Pengunjung

451651
Hari IniHari Ini60
SemalamSemalam228
Minggu IniMinggu Ini1124
Bulan IniBulan Ini4366
KeseluruhanKeseluruhan451651
Kami mempunyai 80 tetamu dan tiada ahli di talian
  • Tarikh Kemaskini :Friday 09 June 2017, 10:09:30.

Waktu Operasi Kaunter

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 3.00pm

HARI JUMAAT
8.30am - 12.00pm
2.30pm - 3.30pm

MATI SETEM (LHDN)
SETIAP ISNIN, RABU DAN KHAMIS

Jam
9.00am - 3.00pm

Mobile Web   Google Plus   Laman Facebook PDT Rompin   Laman Youtube Pedatar   RSS Feed

Lokasi Kami

Lokasi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rompin,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Rompin Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-414 5205
Fax. : 09-414 6818
emel : pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my
aduan : aduan.pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my

Latitude: 2.800298
Longitud: 103.485815

QR Kod Mobile Web

Layari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtrompin.pahang.gov.my/mobile atau imbas QR code anda dibawah
Qr Code
QR Kod Mobile Web Paparan terbaik dengan menggunakan telefon pintar Android, Blackberry atau Apple.