Category: Berita Akhbar

img

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah sedang menjalankan operasi memindahkan penduduk Bukit Serok selepas kampung itu dinaiki air, hari ini.

 

ROMPIN - Jumlah mangsa banjir di daerah ini setakat jam 2 petang tadi telah meningkat kepada 428 orang yang terdiri daripada 109 keluarga.

Ia berikutan pembukaan pusat pemindahan sementara di Pusat Kegiatan Ekonomi Bukit Serok melibatkan 258 mangsa daripada 69 keluarga dan pertambahan mangsa seramai 122 orang di Kampung Rekoh berbanding 95 orang pada jam 10 pagi tadi.

Bagaimana pun, tiada pertambahan dicatatkan di dua pusat pemindahan sementara masing-masing enam mangsa daripada dua keluarga di Balai Raya Kampung Mikang dan 42 mangsa daripada 11 keluarga di Dewan Orang Ramai Leban Chondong.

Pengerusi Jawatan Kuasa Bencana Daerah Rompin, Mohd Zulkifli Hashim, yang dihubungi berkata, jumlah mangsa banjir di daerah ini setakat jam 2 petang tadi mencatatkan pertambahan berbanding 143 mangsa daripada 36 keluarga pada sebelah pagi.

“Jumlah pusat pemindahan sementara kini bertambah kepada empat selepas pembukaan di Pusat Kegiatan Ekonomi Bukit Serok sekali gus mencatatkan lima buah kampung terjejas iaitu Kampung Mikang, Leban Chondong, Bangkung, Rekoh dan Bukit Serok,” katanya kepada Sinar Harian. 

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu paras sungai Pukin yang sebelum ini melebihi paras bahaya menunjukkan trend menurun namun masih berada pada paras waspada. 

Justeru itu, beliau tidak menolak kemungkinan kawasan rendah terdedah dengan risiko banjir kilat selain turut menasihati agar penduduk terlibat mengikut arahan anggota keselamatan sekiranya diarahkan berpindah demi keselamatan mereka.

“Ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak-anak dengan memastikan mereka tidak bermain di kawasan berair seperti sungai atau pesisir pantai bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

 

*sumber: Sinar Harian edisi Pahang

Statistik Pengunjung

435366
Hari IniHari Ini169
SemalamSemalam174
Minggu IniMinggu Ini1405
Bulan IniBulan Ini5015
KeseluruhanKeseluruhan435366
Kami mempunyai 43 tetamu dan tiada ahli di talian
  • Tarikh Kemaskini :Monday 06 March 2017, 15:55:07.

Waktu Operasi Kaunter

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 3.00pm

HARI JUMAAT
8.30am - 12.00pm
2.30pm - 3.30pm

MATI SETEM (LHDN)
SETIAP ISNIN, RABU DAN KHAMIS

Jam
9.00am - 3.00pm

Mobile Web   Google Plus   Laman Facebook PDT Rompin   Laman Youtube Pedatar   RSS Feed

Lokasi Kami

Lokasi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rompin,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Rompin Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-414 5205
Fax. : 09-414 6818
emel : pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my
aduan : aduan.pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my

Latitude: 2.800298
Longitud: 103.485815

QR Kod Mobile Web

Layari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtrompin.pahang.gov.my/mobile atau imbas QR code anda dibawah
Qr Code
QR Kod Mobile Web Paparan terbaik dengan menggunakan telefon pintar Android, Blackberry atau Apple.