Category: Berita Akhbar

img

Keadaan banjir di Kampung Bukit Ibam Baru yang mula dinaiki air hari ini.

ROMPIN - Mangsa banjir di daerah ini terus mencatatkan peningkatan setakat jam 10 malam tadi di samping penambahan pusat pemindahan sementara dan kampung yang terjejas.

Pengerusi Jawatan Kuasa Bencana Daerah, Mohd Zulkifli Hashim, berkata, jumlah mangsa terkini seramai 645 yang terdiri daripada 171 keluarga berbanding 428 mangsa daripada 109 keluarga pada petang tadi.

Ia berikutan penambahan jumlah mangsa seramai 453 melibatkan 127 keluarga di Pusat Kegiatan Ekonomi Bukit Serok dan pembukaan pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Aur yang menempatkan seramai 13 mangsa melibatkan dua keluarga.

Peningkatan jumlah mangsa turut dicatatkan di Dewan Orang Ramai Leban Chondong yang kini menempatkan 46 mangsa dan Balai Raya Kampung Rekoh seramai 127 mangsa manakala Balai Raya Kampung Mikang kekal enam mangsa.

"Lima pusat pemindahan sementara telah dibuka setakat ini selepas enam buah kampung masing-masing dua di Kuala Rompin, dua di Bukit Ibam dan Dua di Keratong dinaiki air," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu, jumlah mangsa banjir di daerah ini setakat jam 2 petang tadi dicatatkan seramai 428 orang yang terdiri daripada 109 keluarga melibatkan empat pusat pemindahan sementara.

 

*sumber: Sinar Harian edisi Pahang

Statistik Pengunjung

474360
Hari IniHari Ini146
SemalamSemalam186
Minggu IniMinggu Ini1288
Bulan IniBulan Ini4640
KeseluruhanKeseluruhan474360
Kami mempunyai 68 tetamu dan tiada ahli di talian
  • Tarikh Kemaskini :Thursday 19 October 2017, 13:36:03.

Waktu Operasi Kaunter

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 3.00pm

HARI JUMAAT
8.30am - 12.00pm
2.30pm - 3.30pm

MATI SETEM (LHDN)
SETIAP ISNIN, RABU DAN KHAMIS

Jam
9.00am - 3.00pm

Mobile Web   Google Plus   Laman Facebook PDT Rompin   Laman Youtube Pedatar   RSS Feed

Lokasi Kami

Lokasi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rompin,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Rompin Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-414 5205
Fax. : 09-414 6818
emel : pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my
aduan : aduan.pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my

Latitude: 2.800298
Longitud: 103.485815

QR Kod Mobile Web

Layari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtrompin.pahang.gov.my/mobile atau imbas QR code anda dibawah
Qr Code
QR Kod Mobile Web Paparan terbaik dengan menggunakan telefon pintar Android, Blackberry atau Apple.