Category: Berita Akhbar

img

Safri menebar jala di sebatang jalan di kampungnya yang dinaiki air akibat limpahan air sungai sejak petang Selasa lalu. Gambar kecil: Safri menunjukkan ikan sepat yang banyak sangkut pada jalanya hingga mencecah berat 2kg.

KUALA ROMPIN – Paras air sungai yang tinggi hingga melimpah ke atas jalan dan kawasan rendah dimanfaatkan penduduk Kampung Gading, di sini, untuk menjala atau menahan pukat.

Peluang yang disifatkan sekali tahun itu memang tidak sia-sia kerana sejak kelmarin hasil sungai yang diperoleh tidak menghampakan.

Penduduk Kampung Gading, Safri Sulong, 52, berkata, aktiviti menjala di beberapa kawasan yang dinaiki air di kampungnya itu mula dilakukan kelmarin yang turut disertai oleh beberapa ahli keluarganya.

Menurutnya, antara jenis ikan yang banyak adalah ikan sepat dan dia berjaya menjala dua kilogram ikan itu yang sedap dimasak berkuah atau digoreng garing untuk dijadikan lauk makan dengan nasi.

“Ini dah masuk hari kedua (semalam) saya buat aktiviti ni, itu pun jika tiada kerja, kalau ada kerja lain saya akan buat kerja dulu lah, tiap-tiap kali banjir memang macam ini lah pasang jaring, menjala ikan.

“Hasil yang saya dapat ni tak jual pun, semua untuk makan sendiri, semalam (kelmarin) dapat dalam dua kilo, semua habis dah masak, makan dengan keluarga, goreng cicah dengan sambal kicap atau blacan memang sedap, hari ini (semalam) tak tahu lagi dapat banyak mana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menyasarkan ikan bersaiz lebih besar, Md Esa Ismail, 61, memilih untuk menahan pukat bermula kelmarin yang memang sedia ada di rumahnya untuk mendapatkan ikan-ikan yang biasa ada pada musim banjir.

Beliau berkata, kaedah yang itu biasa digunakan untuk mencari ikan tembakang, haruan dan juga sepat yang selalunya mudah didapati di kawasan limpahan air untuk dijadikan lauk-pauk makan di rumah.

“Kalau tak guna masa banjir ini, saya biasa guna pukat ini di sungai atau laut, kebetulan sungai besar dekat kampung ni boleh tahan di sini, saiz ikan boleh cecah lima hingga enam inci, bolehlah untuk buat makan.

“Setiap dua jam atau tiga jam sekali saya akan tengok dengan mengharung air saja sebab tak dalam mana, bot ada tapi tak padan nak bawa, kalau dibiarkan nanti bimbang juga dicuri orang pula sebab tiada siapa nak tunggu, lagi pun kat tepi jalan,” katanya.

Rompin merupakan antara daerah di Pahang yang terjejas akibat banjir yang mula melanda beberapa kampung sejak Selasa lalu dan jumlah mangsa hingga kini terus mencatatkan peningkatan.

 

*sumber: Sinar Harian edisi Pahang

Statistik Pengunjung

435366
Hari IniHari Ini169
SemalamSemalam174
Minggu IniMinggu Ini1405
Bulan IniBulan Ini5015
KeseluruhanKeseluruhan435366
Kami mempunyai 27 tetamu dan tiada ahli di talian
  • Tarikh Kemaskini :Monday 06 March 2017, 15:55:07.

Waktu Operasi Kaunter

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 3.00pm

HARI JUMAAT
8.30am - 12.00pm
2.30pm - 3.30pm

MATI SETEM (LHDN)
SETIAP ISNIN, RABU DAN KHAMIS

Jam
9.00am - 3.00pm

Mobile Web   Google Plus   Laman Facebook PDT Rompin   Laman Youtube Pedatar   RSS Feed

Lokasi Kami

Lokasi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rompin,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Rompin Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-414 5205
Fax. : 09-414 6818
emel : pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my
aduan : aduan.pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my

Latitude: 2.800298
Longitud: 103.485815

QR Kod Mobile Web

Layari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtrompin.pahang.gov.my/mobile atau imbas QR code anda dibawah
Qr Code
QR Kod Mobile Web Paparan terbaik dengan menggunakan telefon pintar Android, Blackberry atau Apple.