Category: Berita Akhbar

img

Fadhil menunjukkan keadaan rumah rakitnya masih dalam keadaan baik walaupun paras air sungai tinggi di samping arus yang deras.

KUALA ROMPIN - Pengusaha rumah rakit di Kampung Gading, di sini, tidak bimbang dengan keadaan air sungai yang tinggi dan arus yang deras kerana telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk menghadapi keadaan itu.

Bagaimanapun, rasa bimbang itu lebih kepada waspada terhadap kayu-kayu balak hanyut yang boleh melanggar rumah rakit sekali gus pelampung akan rosak dan tercabut menyebabkan ia menjadi tidak stabil.

Pengusaha rumah rakit, Fadhil Maarof, 48, berkata, dalam keadaan arus deras beliau mengikat banyak tali sokongan supaya rumah rakit lebih stabil dan tidak mudah hanyut sekiranya dilanggar objek besar.

Menurutnya, tali-tali sokongan itu tidak memungkinkan rumah rakit boleh hanyut walaupun banjir besar kerana kaedah yang digunakan itu memberi lebih kekuatan dan terbukti apabila setakat ini belum pernah lagi hanyut.

“Musim begini, pada waktu malam air pasang besar ditambah pula air turun dari hulu menyebabkan air sungai melimpah hingga naik dengan air lebih kurang sekaki di atas darat, kebiasaan air pasang dalam jam 12 malam dan mula surut jam 2 pagi.

“Tali-tali sokongan ini banyak membantu, saya ikat dari pokok kat tebing ke rakit, dari rakit ke tiang nibong yang dipacak antara rakit dan dari rakit ke rakit, ia boleh tahan banjir besar dan tak pernah lagi hanyut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dia yang mengusahakan rumah rakit sejak beberapa tahun lalu itu bagaimana pun tidak menafikan pernah berlaku pelampung rosak dan tercabut yang kemudiannya dihanyutkan kerana dilanggar objek.

Menurutnya, rumah rakit tidak rosak dan hanya perlu dibaiki dengan menggantikan pelampung lain. 

Fadhil turut menjelaskan bahawa ia perkara biasa sekiranya pelampung sudah dipenuhi air, ia menjadi mendap menyebabkan tercabut sendiri apabila dirempuh.

Dalam pada itu, tempahan yang penuh dari 28 hingga 30 Januari sempena cuti Tahun Baharu Cina kemungkinan terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan memandangkan keadaan paras air sungai yang tinggi.

“Bila air pasang ia akan melimpah ke atas darat, kita tak risaukan pasal rakit ni sebab rakit ni akan ikut naik apabila air naik tapi kita risaukan persekitaran takut ada masalah-masalah macam ular, sebab kalau nak ke tandas terpaksa redah air, binatang-binatang ni boleh membahayakan pengunjung,” katanya kepada Sinar Harian.

 

*sumber: Sinar Harian edisi Pahang

Statistik Pengunjung

435366
Hari IniHari Ini169
SemalamSemalam174
Minggu IniMinggu Ini1405
Bulan IniBulan Ini5015
KeseluruhanKeseluruhan435366
Kami mempunyai 16 tetamu dan tiada ahli di talian
  • Tarikh Kemaskini :Monday 06 March 2017, 15:55:07.

Waktu Operasi Kaunter

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 3.00pm

HARI JUMAAT
8.30am - 12.00pm
2.30pm - 3.30pm

MATI SETEM (LHDN)
SETIAP ISNIN, RABU DAN KHAMIS

Jam
9.00am - 3.00pm

Mobile Web   Google Plus   Laman Facebook PDT Rompin   Laman Youtube Pedatar   RSS Feed

Lokasi Kami

Lokasi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rompin,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Rompin Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-414 5205
Fax. : 09-414 6818
emel : pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my
aduan : aduan.pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my

Latitude: 2.800298
Longitud: 103.485815

QR Kod Mobile Web

Layari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtrompin.pahang.gov.my/mobile atau imbas QR code anda dibawah
Qr Code
QR Kod Mobile Web Paparan terbaik dengan menggunakan telefon pintar Android, Blackberry atau Apple.