Category: Berita Semasa

Kuantan, 31 Oktober 2016 - Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang Darul Makmur 2016 yang dianjur oleh Kerajaan Negeri Pahang telah diadakan selama dua (2) hari bermula 31

Oktober 2016 hingga 1 November 2016 bertempat di The Zenith Hotel, Kuantan.    Bengkel tersebut telah di rasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan bin Yaacob.

 img

Tujuan bengkel ini untuk memperhalusi isu-isu utama berkaitan sumber air di Pahang ke arah penyelesaian terbaik. Banyak isu-isu yang diberi perhatian dan dibincangkan bersama pelbagai pihak bagi menjamin kelestarian sumber air di Negeri Pahang.

Bengkel ini disertai seramai lebih seribu (1000) peserta dari pelbagai pihak termasuk   jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, agensi swasta, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan (NGO), pihak media dan pemimpin masyarakat.

Bengkel ini akan dijalankan dalam bentuk ceramah dan bengkel.

Ceramah akan disampaikan oleh wakil-wakil jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan yang dipilih. Antara penceramah yang terlibat adalah:

Bil

Nama Penceramah

Tajuk Kertas Kerja

1.

Prof Tan Sri Dato’ Sri Dr.Zakri Abdul

Hamid

Pengerusi Majlis Profesor Negara

Pengurusan Lestari Sumber Air – Perspektif Global

2.

YBhg. Ir. Hj. Nishad Mohamed bin Hj. C.J. Mohd.Shaffy

Pengarah Bahagian Korporat,Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, wakil rasmi kepada Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Dasar dan Polisi Pengurusan Lestari Sumber Air Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

3.

YBhg.Dato’ Sri Ir. Dr. Zaini bin Ujang

Ketua Setiausaha

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Dasar dan Polisi Pengurusan Lestari Sumber Air Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

4.

Prof. Dr. Maketab bin Mohamed

Wakil Badan Bukan Kerajaan

Pengurusan Lestari Sumber Air – Perspektif NGO

Bengkel akan dibahagi kepada empat (4) kompenan kelestarian iaitu dari sektor Ekonomi - Utiliti, Ekonomi - Industri, Sosial dan Alam Sekitar. Setiap kumpulan ini telah dipengerusi oleh pegawai- pegawai dari pelbagai agensi, antaranya :

Bil

Nama Pengerusi Kumpulan

Tema

1.

Dato Mohd Zahari bin Md Isa Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad

KOMPONEN EKONOMI- Utiliti Pengurusan Sumber Air dan Impak kepada Ekonomi – Isu dan cadangan penyelesaian

2.

YH.Dato Abdul Rahim bin Mohd Ali

Ketua Eksekutif

Perbadanan Kemajuan Negeri

Pahang

KOMPONEN EKONOMI- Industri Pengurusan Sumber Air dan Impak kepada Ekonomi – Isu dan cadangan penyelesaian

3.

YH.Dato’ Haji Zulkifli bin Haji Yaacob

Ketua Eksekutif

Pegawai Kemajuan Negeri Pahang

KOMPONEN SOSIAL

Pengurusan Sumber Air dan Impak kepada Sosial – Isu dan cadangan penyelesaian

4.

YH.Dato’ Ir. Haji Shaharuddin bin

Ibrahim

Pengarah Jabatan Pengairan dan

Saliran Malaysia

KOMPONEN ALAM SEKITAR Pengurusan Sumber Air dan Impak kepada Alam Sekitar – Isu dan cadangan penyelesaian

Dalam bengkel ini juga menempatkan beberapa pegawai daripada 24 jabatan teknikal untuk menjadi rujukan dan bagi membantu melancarkan lagi bengkel ini.

Hasil bengkel dibentangkan kepada semua peserta sebelum resolusi disediakan. Pada akhir sesi bengkel YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan bin Yaacob telahmenerima resolusi bengkel untuk diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri bagi tindakan selanjutnya.

Statistik Pengunjung

474358
Hari IniHari Ini144
SemalamSemalam186
Minggu IniMinggu Ini1286
Bulan IniBulan Ini4638
KeseluruhanKeseluruhan474358
Kami mempunyai 45 tetamu dan tiada ahli di talian
  • Tarikh Kemaskini :Thursday 19 October 2017, 13:36:03.

Waktu Operasi Kaunter

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 3.00pm

HARI JUMAAT
8.30am - 12.00pm
2.30pm - 3.30pm

MATI SETEM (LHDN)
SETIAP ISNIN, RABU DAN KHAMIS

Jam
9.00am - 3.00pm

Mobile Web   Google Plus   Laman Facebook PDT Rompin   Laman Youtube Pedatar   RSS Feed

Lokasi Kami

Lokasi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rompin,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Rompin Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-414 5205
Fax. : 09-414 6818
emel : pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my
aduan : aduan.pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my

Latitude: 2.800298
Longitud: 103.485815

QR Kod Mobile Web

Layari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtrompin.pahang.gov.my/mobile atau imbas QR code anda dibawah
Qr Code
QR Kod Mobile Web Paparan terbaik dengan menggunakan telefon pintar Android, Blackberry atau Apple.