Category: Berita Semasa

KUANTAN, 22 Disember- Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah menganjurkan satu program perkongsian ilmu, Bual Bicara Integriti bertajuk "Integriti, Akauntabiliti dan Urus Tadbir Yang Baik" dan "Rasuah Di Kalangan Penjawat Awam ‘Dimanakah Jati diri Anda'' bertempat di Dewan Astana, Hotel MS Garden.

Sesuai dengan tajuk bual bicara, program ini menampilkan tiga orang tokoh istimewa iaitu Ketua Audit Negara Malaysia, Jabatan Audit Negara Malaysia, Y.Bhg. Tan Sri Haji Ambrin bin Buang, dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Y.Bhg. Dato' Shamsun Baharin bin Mohd Jamil, selaku panel serta Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan, YH. Dato' Fadzilla bin Haji Salleh, selaku moderator.

Objektif bual bicara ini di adakan adalah untuk meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama penjawat awam terhadap usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya dan diamalkan dalam semua bidang. Disamping itu juga ianya bagi menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan penjawat awam serta mendorong perkembangan mereka yang mana dapat menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.

Selain itu juga dengan adanya program seperti ini moga ianya dapat menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat serta meningkatkan daya saing dan daya tahan negara dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Semasa dalam program tersebut, Y.Bhg. Tan Sri Haji Ambrin bin Buang memaklumkan bahawa Kerajaan telah berjaya mengutip semula kira-kira RM2 bilion yang dikesan berlaku ketirisan dalam jabatan dan agensi kerajaan. Beliau berkata kejayaan itu hasil daripada proses pengauditan yang dilaksanakan Jabatan Audit Negara kira-kira empat tahun lalu terhadap sampel di jabatan dan agensi kerajaan yang sebelum ini mengalami kelemahan dalam pengurusan kewangan kerajaan.

Selain itu, Y.Bhg. Tan Sri Haji Ambrin bin Buang juga turut meminta semua penjawat awam di negara ini agar sedar akan tanggungjawab mereka untuk melakukan kerja dengan baik dan teratur supaya tidak berlaku ketirisan dalam pengurusan kewangan kerajaan. Beliau juga berkata wang berkenaan berjaya diperoleh semula selepas jabatan dan agensi kerajaan terbabit membuat penambahbaikan terhadap kelemahan antaranya proses pembayaran bagi melaksanakan projek, perbekalan dan perkhidmatan

Seramai 200 orang peserta terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan Negeri dari seluruh negeri Pahang telah hadir ke program ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan SUK (Pengurusan).

Statistik Pengunjung

463528
Hari IniHari Ini116
SemalamSemalam216
Minggu IniMinggu Ini773
Bulan IniBulan Ini4876
KeseluruhanKeseluruhan463528
Kami mempunyai 84 tetamu dan tiada ahli di talian
  • Tarikh Kemaskini :Friday 07 July 2017, 15:13:08.

Waktu Operasi Kaunter

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 3.00pm

HARI JUMAAT
8.30am - 12.00pm
2.30pm - 3.30pm

MATI SETEM (LHDN)
SETIAP ISNIN, RABU DAN KHAMIS

Jam
9.00am - 3.00pm

Mobile Web   Google Plus   Laman Facebook PDT Rompin   Laman Youtube Pedatar   RSS Feed

Lokasi Kami

Lokasi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rompin,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Rompin Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-414 5205
Fax. : 09-414 6818
emel : pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my
aduan : aduan.pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my

Latitude: 2.800298
Longitud: 103.485815

QR Kod Mobile Web

Layari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtrompin.pahang.gov.my/mobile atau imbas QR code anda dibawah
Qr Code
QR Kod Mobile Web Paparan terbaik dengan menggunakan telefon pintar Android, Blackberry atau Apple.