Category: Berita Semasa

Kuantan, 13 Februari – Penganjuran Sesi Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah telah diadakan bermula pada 13 – 15 Februari 2017 bertempat di Bukit Gambang Resort City. Sesi bengkel ini telah dibimbing oleh Encik Khairur Rizal bin Ramli, Pengarah Eksekutif Pahang Skills yang telah mula membimbing pasukan KIK daripada Pejabat SUK sejak dari tahun 2015. 

Pada sesi tersebut, seramai 130 peserta yang mewakili 14 kumpulan telah mengikuti sesi bengkel yang dipecahkan kepada 12 sesi merangkumi penerangan berkaitan garis panduan KIK baharu yang telah dilancarkan pada bulan Ogos 2016 dan juga teknik-teknik pembangunan projek yang perlu bagi memastikan projek yang dilaksanakan mampu memberi impak yang tinggi dan mampu dikomersialkan.

Pada hari terakhir sesi bengkel, setiap kumpulan telah membentangkan hasil projek yang melibatkan projek berkaitan aspek pengurusan dan teknikal. Walaupun pembentangan projek belum didapati mantap, ianya dilihat sebagai usaha daripada setiap kumpulan bagi memastikan penglibatan jabatan dalam penganjuran KIK yang bermula dengan pertandingan Mini KIK pada bulan Julai nanti dan disusuli dengan Konvensyen KIK Peringkat Negeri pada bulan September.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YH. Dato' Toantowee bin Haji Mohd Lotfie kepada wakil kumpulan. Dalam ucapan penutup, YH. Dato' telah menekankan keperluan setiap jabatan untuk melibatkan diri dalam aspek inovatif dan kreatif sebagai sumber ekonomi baharu di samping usaha untuk memantapkan sistem operasi jabatan menerusi pembaharuan dala prosedur kerja dan penghasilan peralatan tugasan yang mampu meningkatkan produktiviti kerja.  

Unit Korporat selaku urusetia KIK di peringkat jabatan dan negeri akan mengadakan sesi semakan projek yang dijangka akan diadakan pada penghujung bulan April nanti.

Statistik Pengunjung

474361
Hari IniHari Ini147
SemalamSemalam186
Minggu IniMinggu Ini1289
Bulan IniBulan Ini4641
KeseluruhanKeseluruhan474361
Kami mempunyai 72 tetamu dan tiada ahli di talian
  • Tarikh Kemaskini :Thursday 19 October 2017, 13:36:03.

Waktu Operasi Kaunter

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 3.00pm

HARI JUMAAT
8.30am - 12.00pm
2.30pm - 3.30pm

MATI SETEM (LHDN)
SETIAP ISNIN, RABU DAN KHAMIS

Jam
9.00am - 3.00pm

Mobile Web   Google Plus   Laman Facebook PDT Rompin   Laman Youtube Pedatar   RSS Feed

Lokasi Kami

Lokasi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rompin,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Rompin Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-414 5205
Fax. : 09-414 6818
emel : pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my
aduan : aduan.pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my

Latitude: 2.800298
Longitud: 103.485815

QR Kod Mobile Web

Layari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtrompin.pahang.gov.my/mobile atau imbas QR code anda dibawah
Qr Code
QR Kod Mobile Web Paparan terbaik dengan menggunakan telefon pintar Android, Blackberry atau Apple.