Category: Berita Semasa

ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT-PINGAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR SEMPENA MEMULIAKAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG

PEKAN, 4 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Pahang Darul Makmur kepada 180 orang penerima sempena Sambutan Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Pada Istiadat yang dijalankan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, mendahului senarai penerima ialah Yang Berbahagia Datuk Wira Wan Ahmad bin Wan Omar, Penasihat Khas Kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran Dato' Sri. Turut menerima kurniaan SSAP ialah Prochanselor/Pengerusi Universiti Kuala Lumpur Yang Berhormat Dato' Indera Dr. Adham bin Baba dan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Yang Berbahagia Datuk Haji Ibrahim bin Ahmad.

Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P) yang membawa gelaran Dato' Indera, antara penerimanya ialah Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, Yang Hormat Dato' Haji Zulkifli bin Haji Yaacob.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P) yang membawa gelaran Dato', antara penerimanya ialah Duta Besar Lebanon ke Malaysia Tuan Yang Terutama Ali Daher, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Encik Mohd Yazid bin Ramli dan Pakar Perubatan Nefrologi, Jabatan Nefrologi, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Dr. Mohd Ramli bin Seman.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato', antara penerimanya ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri II Kementerian Dalam Negeri, YB. Tuan Masir Anak Kujat, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Encik Mokhtarud-din bin Husain dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Tuan Haji Munir bin Haji Mohd Nawi.

Selain itu, terdapat penerima Darjah Kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang terdiri daripada Ketua Jabatan Negeri iaitu Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Pahang, Puan Hazizah binti Sulaiman, Pengarah Pertanian Negeri Pahang, Tuan Haji Mohd Anim bin Haji Hosnan dan Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Pahang, Encik Zaul bin Abd Hamid.

Lain-lain penerima darjah-darjah kebesaran dan pingat-pingat Negeri Pahang Darul Makmur adalah seperti berikut :

Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)

1. Encik Mohd Zairasyahli Shah bin Zakaria
    Setiausaha Keselamatan Negeri Pahang

 

Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Keempat
Ahli Mahkota Pahang (AMP)

1. Yang Mulia Raja Radzuan bin Raja Abd. Rashid
    Penolong Pengarah, BPEN, SUK Pahang

2. Encik Maslor bin Maskom
    Penolong Pegawai Tadbir Tertinggi, Unit Integriti, SUK Pahang

 

Pingat Khidmat Cemerlang (PKC)

1. Encik Zainuddin bin Abd Jalil
    Penolong Pegawai Tadbir, BKP, SUK Pahang

 

Pingat Kelakuan Terpuji (PKT)

1. Puan Muzalma binti Muzahar
    Ketua Pembantu Tadbir, BTM, SUK Pahang

 

Pingat Jasa Kebaktian (PJK)

1. Encik Azmadi bin Ibrahim
    Pembantu Tadbir, BTM, SUK Pahang

2. Encik Mohammad Rani bin Mustafa
    Pekerja Awam, BKP, SUK Pahang

Statistik Pengunjung

463527
Hari IniHari Ini115
SemalamSemalam216
Minggu IniMinggu Ini772
Bulan IniBulan Ini4875
KeseluruhanKeseluruhan463527
Kami mempunyai 54 tetamu dan tiada ahli di talian
  • Tarikh Kemaskini :Friday 07 July 2017, 15:13:08.

Waktu Operasi Kaunter

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 3.00pm

HARI JUMAAT
8.30am - 12.00pm
2.30pm - 3.30pm

MATI SETEM (LHDN)
SETIAP ISNIN, RABU DAN KHAMIS

Jam
9.00am - 3.00pm

Mobile Web   Google Plus   Laman Facebook PDT Rompin   Laman Youtube Pedatar   RSS Feed

Lokasi Kami

Lokasi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rompin,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Rompin Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-414 5205
Fax. : 09-414 6818
emel : pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my
aduan : aduan.pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my

Latitude: 2.800298
Longitud: 103.485815

QR Kod Mobile Web

Layari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtrompin.pahang.gov.my/mobile atau imbas QR code anda dibawah
Qr Code
QR Kod Mobile Web Paparan terbaik dengan menggunakan telefon pintar Android, Blackberry atau Apple.