Category: Berita Semasa

KUANTAN, 26 Mei – Program Pemantapan Modal Insan (PMI) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Bil. 1 Tahun 2017 telah diadakan di Dewan SUK Pahang, Blok C, Pejabat SUK Pahang. Program ini telah dihadiri oleh YB. Setiausaha kerajaan Pahang, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Setiausaha-setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Unit dan warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. 

PMI merupakan program yang menghimpunkan warga kerja Pejabat SUK Pahang daripada pelbagai Bahagian dalam usaha untuk mengeratkan perhubungan sesama kakitangan. Ianya merupakan platform kepada pihak pengurusan dalam menyampaikan amanat dan arahan terkini untuk disampaikan kepada sekelian warga kerja. 

Program pada kali ini merupakan kolaborasi pelbagai acara iaitu sesi memperkenalkan warga kerja baharu dan pelancaran Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 2017 – 2020 (PSPSP 2017-2020).

Dalam sesi perkenalan warga kerja baharu, seramai 19 orang pegawai dan kakitangan daripada pelbagai Bahagian telah diperkenalkan. YB. Setiausaha Kerajaan Pahang telah menemubual setiap seorang daripada yang terlibat sebagai usaha untuk mengenali dengan lebih dekat kakitangan baharu tersebut.

Sempena bulan Ramadan, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang dalam ucapannya menasihatkan setiap warga kerja supaya mengutamakan aspek kebersihan ketika mendapatkan bahan juadah berbuka puasa daripada para peniaga. Di samping itu, aspek penjagaan kesihatan juga peru dititikberatkan oleh warga kerja bagi memastikan tugas seharian di pejabat tidak terganggu dan amalan beribadat dapat dilaksanakan dengan berkesan.  

Selanjutnya program diteruskan dengan sesi pelancaran Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 2017 – 2020 (PSPSP 2017 – 2020). Pembangunan PSPSP ini telah dimulakan sejak Oktober 2016 dengan beberapa sesi rundingcara melibatkan semua Bahagian dengan kerjasama pihak MAMPU bagi membangunkan satu halatuju baharu  dalam bentuk pembangunan yang seimbang di kawasan bandar dan luar bandar dan pengurusan modal insan yang berintegriti dan berpengetahuan tinggi ke arah menuju pengurusan yang telus dan cekap. 4 strategi teras PSPSP 2017 – 2020 iaitu :

i. Memperkukuhkan amalan tadbir urus ke arah kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.

ii. Memperkasakan ekonomi negeri melalui pengurusan sumber yang mampan dan pembangunan inklusif.

iii. Memperkasakan keupayaan tadbir urus organisasi untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti ke arah kesejahteraan masyarakat.

iv. Memperkukuhkan penguatkuasaan bagi memantapkan kawalan.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah Kuiz Jom Cakna PSPSP 2017 – 2020 kepada warga kerja yang bertuah. Seramai 20 hadiah disediakan iaitu kad minyak bernilai RM50 kepada peserta yang berjaya menjawab dengan tepat soalan yang berkaitan dengan PSPSP 2017 – 2020.

Statistik Pengunjung

484527
Hari IniHari Ini36
SemalamSemalam204
Minggu IniMinggu Ini763
Bulan IniBulan Ini2464
KeseluruhanKeseluruhan484527
Kami mempunyai 14 tetamu dan tiada ahli di talian
  • Tarikh Kemaskini :Monday 04 December 2017, 09:55:19.

Waktu Operasi Kaunter

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 3.00pm

HARI JUMAAT
8.30am - 12.00pm
2.30pm - 3.30pm

MATI SETEM (LHDN)
SETIAP ISNIN, RABU DAN KHAMIS

Jam
9.00am - 3.00pm

Mobile Web   Google Plus   Laman Facebook PDT Rompin   Laman Youtube Pedatar   RSS Feed

Lokasi Kami

Lokasi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rompin,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Rompin Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-414 5205
Fax. : 09-414 6818
emel : pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my
aduan : aduan.pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my

Latitude: 2.800298
Longitud: 103.485815

QR Kod Mobile Web

Layari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtrompin.pahang.gov.my/mobile atau imbas QR code anda dibawah
Qr Code
QR Kod Mobile Web Paparan terbaik dengan menggunakan telefon pintar Android, Blackberry atau Apple.