Category: Berita Semasa

ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT-PINGAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR SEMPENA MEMULIAKAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG

Pekan, 27 September – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat kepada para penerima sempena Sambutan Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Pada Istiadat yang telah diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan,  seramai 13 orang penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran Dato' Sri.

Mendahului senarai penerima ialah Yang Mulia Tengku Dato' Kalsom binti Al-Marhum Sultan Abu Bakar, Yang Mulia Tengku Dato' Hajah Norazahan binti Al-Marhum Sultan Abu Bakar dan Yang Mulia Tengku Dato' Hajah Noor Ashikin binti Al-Marhum Sultan Abu Bakar.

Antara penerima lain  kurniaan S.S.A.P ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Yang Hormat Dato' Azam bin Baki, Lembaga Pengarah Tabung Haji Plantation Berhad, Yang Hormat Dato' Haji Amran bin Haji Mat Nor dan pengasas D'Herbs, Yang Hormat Dato' Aliff Syukri bin Kamarzaman.

Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P) yang membawa gelaran Dato' Indera, antara penerimanya  ialah Ketua Editor Buletin USM, Yang Hormat Professor Dato' Dr. Rosihan bin Dato' Mohamed Ali dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Pahang, Yang Hormat Dato' Mustaffar Kamal bin AB Hamid.  

Bagi penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P) yang membawa gelaran Dato', antara penerimanya ialah Pengarah Kanan Seksyen Dana Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Tuan Syed Mohamed bin Koyakutty dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Pahang, Profesor Dr. Mashitah binti Mohd Yusoff.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato', antara penerimanya ialah Komander Pangkalan Udara Labuan, Brigedier Jeneral Dato' Sardon bin Hassan, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Encik M. Saedon bin Ab. Majid dan Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, Encik Ishak bin Mohd Yusoff.

Lain-lain penerima darjah-darjah kebesaran dan pingat-pingat Negeri Pahang Darul Makmur di kalangan ketua jabatan dan kakitangan Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang adalah seperti berikut :

Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Keempat
Ahli Mahkota Pahang (AMP)

1. Encik Khairil Anuar bin Idris
2. Encik Mohd Fadzlee bin Mat Yassin@Adnan

Pingat Kelakuan Terpuji (PKT)

1. Encik Muhamad Amiruddin bin Ani

Pingat Jasa Kebaktian (PJK)

1. Encik Mohd Hafizal bin Azmi
2. Encik Zamzul Aizat bin Zaidan
3. Encik Aduka Shah bin Abdul Manaf
4. Puan Normaini binti Abdul Rahim
5. Puan Zalmawaty Haslinda binti Mat Piah
6. Puan Salmiah binti Mohamad Saman
7. Puan Marliza Anizan binti Ramli
8. Puan Rohana binti Osman

Statistik Pengunjung

481174
Hari IniHari Ini23
SemalamSemalam109
Minggu IniMinggu Ini926
Bulan IniBulan Ini4945
KeseluruhanKeseluruhan481174
Kami mempunyai 12 tetamu dan tiada ahli di talian
  • Tarikh Kemaskini :Thursday 19 October 2017, 13:36:03.

Waktu Operasi Kaunter

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 3.00pm

HARI JUMAAT
8.30am - 12.00pm
2.30pm - 3.30pm

MATI SETEM (LHDN)
SETIAP ISNIN, RABU DAN KHAMIS

Jam
9.00am - 3.00pm

Mobile Web   Google Plus   Laman Facebook PDT Rompin   Laman Youtube Pedatar   RSS Feed

Lokasi Kami

Lokasi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rompin,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Rompin Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-414 5205
Fax. : 09-414 6818
emel : pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my
aduan : aduan.pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my

Latitude: 2.800298
Longitud: 103.485815

QR Kod Mobile Web

Layari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtrompin.pahang.gov.my/mobile atau imbas QR code anda dibawah
Qr Code
QR Kod Mobile Web Paparan terbaik dengan menggunakan telefon pintar Android, Blackberry atau Apple.