Category: Berita Semasa

KUANTAN, 26 SEPTEMBER 2017 – Satu Program Turun Padang sedang dijalankan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang yang akan berlangung selama dua (2) hari bermula pada hari ini, 26 September 2017 dan akan berakhir pada 27 September 2017. Program yang julung-julung kalinya diadakan ini merupakan salah satu pendekatan yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pekhidmatan Awam (JPA) melalui Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS) bagi melihat pelaksanaan HRMIS di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan agensi-agensi di bawah pentadbirannya serta bagi
menangani masalah-masalah HRMIS secara bersemuka (hands on). Antara objektif lain program ini adalah untuk mempromosikan HRMIS kepada semua penjawat awam di Negeri Pahang. Program HRMIS Care Siri 4 di Negeri Pahang ini telah dirasmikan oleh YH. Dato’ Toantowee bin Haji Mohd Lotfie, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan). Program ini melibatkan hampir 470 orang peserta di mana sesi Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan HRMIS telah diadakan pada hari pertama dan telah dihadiri seramai 70 orang ahli mesyuarat manakala Sesi Taklimat Kepentingan HRMIS pula telah dihadiri seramai 300 orang peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang. Hari kedua turut melibatkan
hampir 100 orang wakil-wakil daripada jabatan dan agensi yang telah terpilih untuk sesi Turun Padang. Sambutan program tersebut amat menggalakkan dan dijangka akan menjadi salah satu program tahunan pihak Urusetia HRMIS Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dengan kerjasama Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS), JPA.

Statistik Pengunjung

481174
Hari IniHari Ini23
SemalamSemalam109
Minggu IniMinggu Ini926
Bulan IniBulan Ini4945
KeseluruhanKeseluruhan481174
Kami mempunyai 16 tetamu dan tiada ahli di talian
  • Tarikh Kemaskini :Thursday 19 October 2017, 13:36:03.

Waktu Operasi Kaunter

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 3.00pm

HARI JUMAAT
8.30am - 12.00pm
2.30pm - 3.30pm

MATI SETEM (LHDN)
SETIAP ISNIN, RABU DAN KHAMIS

Jam
9.00am - 3.00pm

Mobile Web   Google Plus   Laman Facebook PDT Rompin   Laman Youtube Pedatar   RSS Feed

Lokasi Kami

Lokasi Kami

Pejabat Daerah & Tanah Rompin,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Rompin Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-414 5205
Fax. : 09-414 6818
emel : pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my
aduan : aduan.pdtrompin@pahang[dot]gov[dot]my

Latitude: 2.800298
Longitud: 103.485815

QR Kod Mobile Web

Layari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtrompin.pahang.gov.my/mobile atau imbas QR code anda dibawah
Qr Code
QR Kod Mobile Web Paparan terbaik dengan menggunakan telefon pintar Android, Blackberry atau Apple.