Udang Galah Sepit Biru

UDANG GALAH SEPIT BIRU

Rompin juga amat terkenal dengan kawasan yang banyak mempunyai spesies udang galah kerana Rompin adalah habitatnya. Bagi penggemar-penggemar makanan sungai dan laut terutamanya penggemar udang galah, anda telah memilih satu lokasi yang benar-benar sesuai untuk merasai keenakan masakan udang galah disini. Terdapat banyak kedai-kedai makan yang menyajikan hidangan masakan udang galah dengan pelbagai jenis masakan. Udang galah di Rompin biasanya ditangkap di kawasan Sungai Rompin dan tempat pemasarannya ialah di kawasan kampung Leban Chondong, Rompin.

Tarikh Kemaskini: 10/04/2018 19:14:02

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 58 kali.


Kembali ke Atas