logo

Laman Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin, Pahang - Versi Mobile


PDT Rompin

Selamat Datang

Selamat datang ke Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin. Kejayaan memaparkan laman web ini merupakan satu lagi peningkatan dalam usaha menyebarluaskan visi, misi dan objektif jabatan ini kepada pelanggan melalui perkhidmatan IT. Jabatan ini adalah komited dan akan terus berusaha dengan gigih dan pro-aktif terhadap peningkatan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan ke arah budaya kerja yang lebih cemerlang demi memenuhi keperluan serta menjamin kepuasan hati setiap pelanggan.

Adalah menjadi hasrat Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin agar laman web ini dapat berperanan sebagai perantara dan penghubung yang berkesan sesuai dengan fungsinya untuk menyediakan maklumat yang bermanfaat kepada pelanggan serta memberikan perkhidmatan elektronik (e-service) secara interaktif.

Melalui laman web ini juga, jabatan ini akan berusaha memastikan perkhidmatan IT yang diberikan akan mengandungi maklumat yang tepat dan kemaskini kepada pelanggan dari masa ke semasa.

Rompin, Pahang

Asal Usul Nama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rompin adalah sebuah daerah yang teletak di bahagian selatan negeri Pahang.[1] Ia adalah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor. Antara lokasi berdekatan ialah Endau, Mersing , Nenasi dan Kuantan.

Dikatakan pada satu ketika dahulu di daerah ini terdapat sebatang Pokok Ru. Pokok ru ini unik berbanding dengan pokok-pokok ru lain yang hidup melata disini kerana bentuknya yang ramping.Mengikut cerita ukurlilit pokok tersebut boleh memuat seramai 40 orang untuk makan bersama. Pada awalnya orang memanggil nama tempat ini sebagai rhu ramping, dan lama-kelamaan nama tempat ini berubah menjadi rumpin dan rompin.

Visi, Misi Dan Dasar Kualiti

Visi Organisasi

Untuk menjadikan Daerah Rompin sebagai peneraju kecemerlangan dalam Pnetadbiran Daerah dan Tanah.

Misi Organisasi

Beriltizam untuk memberikan Perkhidmatan yang Cemerlang, Berkualiti dan Berintergriti.

Dasar Kualiti

"Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin komited untuk memberi perkhidmatan pengurusan daerah dan tanah yang berkualiti dan efisyen melalui pelaksanaan sistem pengurusan kualiti serta penambahbaikan yang berterusan untuk mencapai kepuasan pelanggan berasaskan kepada keperluan MS ISO 9001:2008"

Aduan Rakyat

Sistem Pengurusan Aduan (e-aduan Pahang)

Aduan boleh dibuat dengan melayari di url http://aduansuk.pahang.gov.my

Emel

Aduan boleh dihantar di talian emel aduansuk[at]pahang[dot]gov[dot]my & aduan2suk[at]pahang.gov.my

Perkhidmatan mySMS

Aduan boleh dihantar dengan menaip PHG ADUAN [aduan] SMS ke 15888

Borang Aduan Awam

Aduan boleh dihantar dengan memuat turun Borang Aduan Awam dan hantar ke alamat di bawah:-
Seksyen Perhubungan Awam Unit Korporat
Tingkat 1, Blok D, Wisma Sri Pahang
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
25503 Kuantan Pahang Darul Makmur

TEMPOH PENERIMAAN MAKLUMBALAS

Aduan anda akan diberi maklumbalas dalam tempoh 10 hari bekerja.

Hubungi Kami

Agensi Kerajaan Negeri Pahang

KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN DAERAH ROMPIN BLOK A,
26800 KUALA ROMPIN,
PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA

Telefon: 09 4145205

Faks: 09 4146818

Web: http://pdtrompin.pahang.gov.my

Soalan Lazim

Unit Pembangunan

1. Apakah kriteria untuk mendapatkan bantuan rumah PPRT?

  • mesti berdaftar dengan E-Kasih
  • Berpendapatan kurang dari RM720.00 sebulan
  • miskin/miskin tegar

2.Bagaimanakah cara pemilihan program peningkatan pendapatan dilakukan?

  • mesti berdaftar dengan E-Kasih
  • Berpendapatan kurang dari RM720.00 sebulan
  • miskin/miskin tegar
  • produktif, umur 65 tahun ke bawah

3. Apakah bentuk bantuan yang diberikan dalam PPP.?

  • Wang tunai tidak diberikan.
  • perkhidmatan contoh gunting rambut, mesin rumput.
  • perusahaan asas tani contoh kerepek
  • pertanian contoh ternakan , tanaman
  • perniagaan contoh kedai runcit

4. Ibu bapa saya adalah Ketua Isi Rumah yang berdaftar dibwah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dan telah meninggal dunia . Bolehkah saya mewarisi rumah PPRT tersebut ?

  • Tidak boleh kerana rumah PPRT tersebut tidak boleh diwarisi .

5.Bolehkah gerai-gerai di bawah PLB dibuat penyambungan sendiri?

  • Boleh tetapi dengansyarat permohonan perlu dikemukakan terlebih dahulu ke PLB bersama-sama pelan penyambungan yang dicadangkan untuk kelulusan.

Unit Pendaftaran

1.Apa itu pindahmilik tanah mengikut Kanun Tanah Negara ?

  • -pindahmilik tanah mengikut Kanun Tanah Negara adalah pindahmilik mana-mana tanah yang mempunyai hakmilik dengan satu instrumen atas Borang 14A (rujukan :Seksyen 215 Kanun Tanah Negara)

2. Apa itu Halangan Urusniaga?

  • -Halangan urusniaga adalah halangan (melarang) pendaftaran sebarang instrumen urusniaga ke atas hakmilik "tuanpunya" dimana terdapat 5 jenis halangan urusniaga iaitu Kaveat Pendaftar, Kaveat Persendirian, Kaveat Pemegang Lien, Kaeveat Amanah dan Perintah Larangan.(Rujukan :Bahagian Sembilan Belas Kanun Tanah Negara).

3.Apa itu surat kuasa Wakil(Power Attorney)?

  • -Surat Kuasa Wakil (PA) adalah satu dokumen "tuanpunya" tanah diberi kuasa pada mana-mana orang atau badan bagi pihak "tuanpunya" tanah sebagaimana tafsiran Seksyen 10 Ordinan Surat Kuasa Wakil 1949 dan hendaklah didaftarkan di Mahkamah Tinggi. (Rujukan:Bab 5 Kanun Tanah Negara).

4. Apa itu Harta Pusaka Kecil?

  • -Harta Pusaka Kecil ialah harta keseluruhan simati ( harta alih atau tidak alih) yang tidak melebihi RM600,000 dimana kuasa pembahagian , perbicaraan dan perintah dibawah bidang kuasa Pentadbir Tanah Daerah (Rujukan:Akta Harta Pesaka Kecil 1955).

5. Apa itu Hakmilik Sementara ?

  • -Hakmilik sementara adalah hakmilik yang dikeluarkan di bawah Bab 2 atau 3 Bahagian Kesebelas (Kanun Tanah Negara) dan tanah tesrebut belum diukur halus dan belum disahkan oleh Jabatan Ukur.

Unit Pelupusan

1. Bolehkah tanah diusahakan terlebih dahulu sebelum kelulusan permohonan tanah diperolehi?

  • -Pemohon dilarang melakukan sebarang aktiviti ke atas tanah yang dipohon sehingga mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965) iaitu (Mana-mana orang yang tanpa kebenaran yang sah):-
  • (a) menduduki atau membina apa-apa bangunan di atas mana-mana tanah Kerajaan , tanah rizab atau tanah perlombongan; atau
  • (b) membersih, membajak, menggali, mengepungi taau menanami mana-mana tanah sedemikian atau bahagian darinya;atau
  • (c) memotong atau memindah apa-apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh , jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun."

2. Bolehkah memohon untuk melanjut tempoh bayaran kelulusan tanah dan bagaimanakah caranya ?

  • Boleh sepertimana yang diperuntukkan di bawah Kaedah Tanah Pahang 1992 Peraturan 19(1) dan (2). Pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran proses berjumlah RM100.00 bagi setiap fail permohonan.

3. Apakah borang yang sesuai untuk mengemukakan permohonan bagi tanaman sementara dan tanaman kekal.?

  • Bagi tanaman sementara pemohon perlu menggunakan Borang 4 manakala bagi tanaman kekal pemohon perlu mengemukakan Borang 1.

4. Bagi pemohon yang telah meninggal dunia, adakah permohonan tersebut dapat diproses?

  • Permohonan yang mana diketahui pemohon telah meninggal dunia, permohonan tersebut akan di TOLAK RINGKAS.

Unit Hasil

1.Bagaimanakah seorang pemilik tanah boleh membayar cukai tanah di Daerah Rompin secara atas talian (online)?

  • -Pemilik tanah boleh membuat bayaran cukai tanah melalui Perbankan Internet (FPX).
  • Disamping itu pemilik perlu mengetahui maklumat berikut :- i) Daerah ii)Jenis Hakmilik iii) Mukim iv)No Hakmilik

2. Bolehkah bayaran hasil tanah bagi negeri lain di bayar di Pejabat Tanah Rompin?

  • Tidak boleh, hasil tanah bagi Daerah -daerah di Negeri Pahang sahaja boleh di bayar di Pejabat Tanah Rompin.

3. Selain daripada bayaran cukai tanah apakah perkhidmatan yang boleh diperolehi di Kaunter Bayaran Hasil Tanah?

  • Selain daripada bayaran cukai tanah, perkhidmatan yang boleh diperolehi di Kaunter Bayaran Hasil ialah :-
  • i) Pembelian Borang Permohonan Tanah dan LPS
  • ii) Memohon salinan resit bayaran cukai(jika hilang)
  • iii) Bayaran perbaharui LPS/ permit / royalti
  • iv) Bayaran kelulusan Tanah (Borang 5A)
  • v) Bayaran apa-apa permohonan ( Tanah /LPS / Pelan)
  • vi) Bayaran kompaun akibat kesalahan yang diwartakan Seksyen 429B Kanun Tanah Negara (KTN)
  • vii) lain -lain bayaran mengikut kaedah tanah Pahang.

4. Jika saya tidak menerima bil cukai tanah atau bil cukai tahun lepas telah hilang, bolehkah saya membuat bayaran cukai tanah tanapa membawa bil cukai.

  • Boleh, hanya datang ke kaunter Hasil Tanah dengan mengemukakan pengenalan diri seperti kad pengenalan, lesen memandu atau jika tidak membawa penegnalan diri hanya maklumkan nama pemilik di Daftar Hakmilik Kawasan Komputer (geran tanah). Pemilik juga tidak perlu menunggu sehingga bil cukai sampai untuk membayar cukai tanah, kerana membayar cukai tanah merupakan tanggungjawab pemilik tanah. (Rujuk Seksyen 94 KTN).

5.Bolehkah bayaran cukai tanah dibayar selepas 31 hb Mei ?

  • Boleh, pemilik tanah boleh membayar cukai selepas 31hb Mei setiap tahun tetapi akan dikenakan denda lewat sebanyak 10% daripada jumlah cukai semasa . Semua pemilik tanah digalakkan membayar cukai sebelum 31hb Mei setiap tahun bagi mengelakkan dikenakan denda lewat.

Unit Khidmat Pengurusan

1. Dimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan menjual minuman likuer?

  • -boleh didapati di Pejabat Daerah dengan bayaran RM1 untuk satu borang permohonan.

2.Apakah yang perlu disertakan untuk membuat permohonan ini?

  • -6 salinan borang permohonan beserta gambar ukuran kad pengenalan.
  • -salinan iklan untuk menjual minuman keras
  • -salinan bukti sijil perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Rompin dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia .
  • -Surat Perakuan Pendaftaran Perniagaan dari SSM.

3. Berapa lamakah masa yang diambil untuk meluluskan permohonan?

  • -bergantung kepada keputusan mesyuarat lembaga.

Unit Perumahan

1. Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan rumah kos rendah ?

  • i) pendapatan bersama tidak melebihi RM 1500.00
  • ii) berkahwin jika tidak berkahwin mestilah berumur 35 tahun ke atas

2. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Rumah Kos Rendah ?

  • - Cara untuk mendapatkan rumah kos rendah ialah dengan hanya mengisi Borang Permohonan yang diperolehi pada bila-bila masa sahaja.

3. Apakah perbezaan antara rumah kos rendah kerajaan dan rumah kos rendah swasta ?

  • Rumah Kos Rendah Kerajaan - Harga :RM30,000 dan memerlukan temuduga daripada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
  • Rumah Kos Rendah Swasta - Harga: RM35,000 dan Tidak perlu temuduga

4. Bagaimanakah cara pembayaran untuk perumahan dibuat?

  • - Cara pembayaran perumahan adalah melalui bank kerana pada masa sekarang kita menggunakan sistem jual beli dan bukan lagi sistem sewa beli.

5. Apakah dokumen yang diperlukan semasa mengisi borang permohonan Rumah Kos Rendah ?

  • i) Kad pengenalan suami isteri
  • ii) sijil nikah / surat pendaftaran perkahwinan /
  • iii) sijil kelahiran pemohon
  • iv) slip gaji pemohon suami/isteri dan perakuan majikan
  • v) kad pertukaran alamat

Unit Pelan

1. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan tanah ?

  • i) Pemohon perlu kenalpasti lokasi untuk membuat permohonan .
  • ii) Bawa salinan pelan @ geran sebagai rujukan tempat berhampiran dengan lokasi permohonan.

2. Berapakah keluasan yang boleh dipohon ?

  • i) Bagi Individu - 3 ekar (1.214 hektar)
  • ii) Bagi Syarikat - 10 ekar ke atas dengan syarat syarikat berkenaan adalah 'SDN. BHD' dan yang boleh memiliki tanah.

3. Berapakah bayaran bagi setiap permohonan ?

  • i) kurang dari 4 hektar - [RM 13.00] - RM 3.00 ( MELIHAT PELAN) - RM10.00 ( BELI PELAN ) - Borang - RM2.00 - Pendaftaran - RM 10.00
  • ii) Lebih dari 4 hektar -[RM23.00] - RM 3.00 ( MELIHAT PELAN) - RM20.00 ( BELI PELAN ) - Borang - RM2.00 - Pendaftaran - RM 10.00

4. Berapa lamakah tempoh permohonan diluluskan ?

  • - Tertakluk kepada keputusan dari pihak atasan.

5. Bilakah pelan boleh dibeli ?

  • - ISNIN HINGGA KHAMIS dari jam 8.30 pagi - 12.30 tengahari
  • - JUMAAT dari jam 8.30 pagi - 12.00 tengahari

 

Paparan Komputer