Berita

‘Dolphins' Muncul Di Pulau Tioman

Pena Editor

ROMPIN, 22 JULAI 2020, Kemunculan ikan Lumba-lumba (Dolphins) di perairan Pulau Tioman hari ini merupakan saat ‘emas' bagi seorang penduduk apabila berpeluang melihat sendiri aksi spesies marin itu sekaligus berjaya merakamkan kejadian itu seperti yang ditularkan ke laman sosial Facebooknya @Norita Sani.

Video berdurasi 1 minit 10 saat itu melihatkan bagaimana Norita ketika berada dalam sebuah bot begitu teruja dan tidak menyangka dapat melihat sekumpulan ikan Lumba-lumba yang mengekori dan bermain-main disekitar bot yang dinaikinya.

Dengan keadaan air laut yang jernih kebiruan, kehadiran ikan Lumba-lumba itu amat jelas kelihatan dan Norita dilihat turut menghulurkan tangan ingin menyentuh ikan-ikan tersebut.

Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP) sedang berusaha mendapatkan maklumat selanjutnya dari Norita Sani melalui facebooknya. Namun kami paparkan dahulu Video detik menarik kemunculan ikan Lumba-lumba yang sekaligus membuktikan keindahan dan keunikan Pulau Tioman di negeri Pahang ini masih tiada tolok bandingnya.

Disediakan oleh Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)

Sumber: https://www.facebook.com/Pahan...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 11 kali.


Kembali ke Atas