Berita

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit - Bahagian Pengurusan Daerah PDT Rompin

Pena Editor

ROMPIN, 24 April 2018 - Bagi menyahut aktiviti Program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT di setiap agensi, Bahagian Pengurusan Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin telah meluangkan masa bersama-sama untuk menjayakan matlamat tersebut. 

Diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah, En. Saifullah Bin Muhammad Ali dan beberapa kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin, bermula pada jam 11.00 pagi aktiviti tersebut teah diadakan sehingga 11.10 minit pagi di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin.

"Saya amat gembira dengan program ini dan mencadangkan agar aktiviti sebegini sepatutnya diadakan pada setiap awal bulan" luahan kata-kata oleh En. Saifullah Bin Muhammad Ali selepas selesai program tersebut.

Berikut beberapa foto sekitar aktiviti dijalankan;


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 105 kali.


Kembali ke Atas