Berita

Kejohanan Menembak Piala Dato Setia Wangsa Pahang, Dato' Hj. Mustafar Bin Abu Bakar

Pena Editor

ROMPIN, 27 Ogos 2018 - Bertempat di Hutan Simpan Endau, satu program pertandingan telah diadakan dengan jayanya iaitu Kejohanan Menembak Piala Dato Setia Wangsa Pahang, Dato' Hj. Mustafar Bin Abu Bakar. Turut menyertai pertandingan ini adalah Pegawai Daerah Rompin, Dato' Mohd Zulkifli Bin Hashim bagi pasukan Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin bersama Pegawai-pegawai Kanan yang lain. Program menembak ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Centre Fire (Terbuka) dan Falling Plate (Terbuka) yang memerlukan setiap pasukan mendapatkan point markah tertinggi melalui pengumpulan markah.

Program ini juga telah menarik ramai minat dari pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan menyertainya dan suasana ketika pertandingan berjalan dengan amat lancar walaupun cuaca panas terik ketika itu. Antara agensi yang menyertai pertandingan ini adalah Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin, Majlis Daerah Rompin, Kelab Menembak, Agensi-agensi beruniform dan ramai lagi. Acara bermula pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 1.00 tengahari dengan pemberian pingat kepada juara pasukan, tempat kedua dan juga ketiga.

Majlis bersurai dengan sesi mengangkat sumpah yang diketuai oleh pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin dan sesi fotografi beramai-ramai.

Berikut adalah beberapa koleksi foto ketika berlangsungnya program menembak tersebut yang boleh juga dilihat di galeri foto, http://pdtrompin.pahang.gov.my/gallery/photos/28





Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 54 kali.


Kembali ke Atas