Berita
Kembara Merdeka Jalur Gemilang: Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Rompin, Pahang
LEBAN CHONDONG, 12 Ogos 2018 - Sempena sambutan bulan kebangsaan, satu program telah diadakan di Dewan Serbaguna Orang Ramai Kg. Leban Chondong, Rompin iaitu Kembara Merdeka Jalur Gemilang: Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Rompin, Pahang.
Program ini telah menarik ramai minat dengan diadakan pertandingan sukan-sukan kampung disamping penglibatan agensi lain dengan membuka tapak-tapak pameran bagi memberi peluang pada seluruh masyarakat mendapat pengetahuan dan maklumat yang berkaitan.
Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Rompin, Dato' Mohd Zulkifli Bin Hashim bersama dif-dif terhormat yang turut serta dalam pelancaran sambuta ini. Disamping itu, sumbagan juga diberikan pada anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal. Cabutan bertuah juga turut diadakan dan berjaya menarik minat dari pelbagai peringkat umur untuk menyertainya.
Untuk koleksi foto penuh, sila layari galeri foto dengan klik sini;
Kembali ke Atas