Berita

Majlis Perasmian Kilang Padi Iktikaf Sepadu Sdn. Bhd. Leban Chondong

Halimi

ROMPIN, 2 April 2021 – Majlis Perasmian Kilang Padi Iktikaf Sepadu Sdn. Bhd oleh YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Utama Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Majlis berlangsung pada hari Khamis, 1 April 2021 dari pukul 12.30 tengah hari dan berakhir pada pukul 2.00 petang di Kilang Padi Iktikaf Sepadu Sdn. Bhd. Leban Chondong, Rompin. 

YAB Menteri Besar Pahang turut berkesempatan melawat tapak sawah padi dan melihat cara pemprosesan padi di kilang tersebut. Penubuhan kilang padi ini diharap dapat memenuhi permintaan pasaran domestik dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di Rompin, Pahang khususnya. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 14 kali.


Kembali ke Atas