Berita

Makluman Pembukaan Kaunter Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin

Pena Editor

ROMPIN, 6 Mei 2020 - Bermula pada 8 Mei 2020 (Jumaat), Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin akan membuka operasi kaunter di pejabat. Operasi kaunter ini akan bermula pada setiap hari pada hari Isnin sehingga Jumaat dan tutup pada hari Cuti Umum.

Waktu operasi Kaunter Hasil bagi pembayaran cukai adalah pada jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari, manakala Kaunter Pendaftaran beroperasi pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari sahaja. Kaunter Pembangunan Tanah juga akan beroperasi pada jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Pelanggan dinasihati untuk mematuhi beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin ketika menjalankan urusan di Kaunter. Semua urusan mestilah melalui Lobi Utama untuk tujuan Saringan Kesihatan (Semak Suhu Badan) dan pelanggan diwajibkan memakai Penutup Hidung dan Mulut ketika berurusan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 10 kali.


Kembali ke Atas