Berita

Memang murah, tapi belilah berpada-pada: Mohd Johari

Pena Editor


Penduduk tempatan mengeremuni Dewan Terbuka MDR bagi mendapatkan barang keperluan dengan harga lebih murah sempena Jualan Sentuhan Rakyat.

KUALA ROMPIN, 16 April 2018 - “Sesiapa pun boleh datang. Tiada halangan, tapi belilah dengan berpada-pada," kata Ketua Pemuda Umno Rompin, Datuk Seri Mohd Johari Hussain," katanya kepada pembeli di Jualan Sentuhan Rakyat di Dewan Terbuka Majlis Daerah Rompin (MDR), di sini, kelmarin.

Nasihat itu kerana beliau mahu orang ramai turut mengambil kira pengunjung lain yang juga memerlukan barangan keperluan berkenaan.

“Inilah kelebihan program seperti ini kerana semua rakyat akan merasai nilai barang yang lebih murah berbanding di luar," katanya.

Pengunjung yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk Dun Tioman itu menyerbu lokasi jualan seawal jam 8 pagi bagi mendapatkan barang keperluan yang disediakan.

Mohd Johari berkata, program berkenaan sangat bagus kerana menawarkan harga lebih murah sekitar 15 hingga 25 peratus lebih rendah daripada biasa.

“Kita tidak sangka dapat sambutan yang sebegini baik dan tidak mustahil akan datang ia akan dianjurkan lagi.

“Melalui usaha sebegini, ia memberi ruang kepada masyarakat bagi mendapatkan barang segar dan berkualiti,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 81 kali.


Kembali ke Atas