Berita

PEDATAR Bersama World #QuranHour, Majlis Khatam Al-Quran

Pena Editor

ROMPIN, 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadan 1439H - Sempena hari membaca Al-Quran satu dunia, kelab PEDATAR (Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin) telah mengadakan satu Majlis PEDATAR bersama World #QuranHour bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin.

Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dengan kehadiran Pegawai Daerah Rompin, Dato' Mohd Zulkifli Bin Hashim, DIMP., dan turut serta pegawai-pegawai kanan Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin bersaam seluruh wargakerja. Majlis dimulakan dengan Tadabbur Surah Al-Hujurat serta penerangan pemahaman intipati surah tersebut.

Selepas itu, majlis Khatam Al-Quran bermula dengan bacaan surah oleh setiap orang yang dipilih sehingga selesai. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati oleh Pegawai Daerah Rompin kepada para peserta yang terlibat dan sesi foto beramai-ramai.

Untuk melihat koleksi foto penuh, sila klik di sini.



Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 80 kali.


Kembali ke Atas