Berita

PEDATAR: Ekspedisi Menjelajah Hutan Simpan Lesung dan Air Terjun Harimau Berjemur

Pena Editor

ROMPIN, 10 Ogos 2018 - Pada hari Jumaat yang lepas, Kelab PEDATAR (Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin) telah mengadakan satu ekspedisi menjelajah ke Hutan Simpan Lesung, yang terletak di dalam daerah Kuala Rompin dan juga misi ke Air Terjun Harimau Berjemur. Dengan penyertaan seramai 20 orang ahli kelab dan diketuai oleh Yang Dipertua Dato Mohd Zulkifli Bin Hashim, program ekspedisi selama 2 hari 1 malam berjalan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Ekspedisi sebegini amat bermakna bagi ahli-ahli kelab yang menyertainya kerana selain dapat melihat keindahan hutan simpan yang terdapat di daerah Rompin, semangat kerjasama dan kekuatan mental dapat dipupuk sepanjang program ekspedisi ini. Untuk melihat koleksi penuh foto, sila klik di sini.


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 59 kali.


Kembali ke Atas