Berita

Pengunjung Di Minta Mematuhi Prosedur Operasi Standard Sebelum Memasuki Premis Kerajaan

Pena Editor

ROMPIN, 17 September 2020 - Bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang mula meningkat kembali baru-baru ini, Pegawai Daerah Rompin, Tuan Ahmad Nasim Bin Dato' Haji Mohd Sidek telah mengarahkan agar semua pengunjung yang datang ke premis jabatan untuk melakukan imbasan suhu dan merekodkan maklumat diri terlebih dahulu.


Sebelum membenarkan pengunjung melakukan urusan rasmi di kaunter-kaunter dalam premis Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin, para pengunjung dinasihati untuk merekod suhu menggunakan alat imbasan suhu badan yang telah Bahagian Pengurusan Daerah sediakan. Selain itu, rekod suhu tersebut haruslah diisi ke dalam aplikasi bagi pengguna PahangGo.

Manakala, bagi pengunjung yang tiada aplikasi PahangGo, disarankan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera dengan mengimbas kod QR yang telah disediakan dikaunter khidmat pelanggan.

Penggunaan buku rekod catatan juga turut disediakan bagi pengunjung yang tidak mempunyai telefon bimbit. Ini bertujuan agar semua pengunjung yang memasuki premis jabatan sebelum melakukan sebarang urusan rasmi di rekod maklumat lawatan masing-masing.

Pengunjung juga diminta memakai topeng muka sepanjang masa berada di dalam premis jabatan.

Mari bersama-sama kita memutuskan rangkaian wabak covid-19 ini agar seluruh rakyat Malaysia bebas kembali.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 23 kali.


Kembali ke Atas