Berita

Penutupan Kaunter Bayaran Cukai Tanah Bagi Pengemaskinian Data Denda Lewat Cukai Tanah 2020

Pena Editor

ROMPIN, 30 Ogos 2020 - Sebagaimana yang kita sedia maklum, pembayaran cukai tanah semasa bagi tahun 2020 akan berakhir pada 31 Ogos 2020 (Isnin). Sehubungan dengan itu, segala urusan kutipan cukai tanah di Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin dan Pejabat Daerah Dan Tanah Kecil Muadzam Shah akan ditutup pada 1 September 2020 (Selasa).

Selain itu, segala transaksi pembayaran cukai tanah melalui FPX, PahangGo dan CIMB Clicks juga akan ditutup. Ini adalah bertujuan bagi menjalankan pengemaskinian data denda lewat cukai tanah tahun 2020.

Untuk makluman semua pembayar cukai, perkara ini hanya melibatkan urusan pembayaran cukai tanah SAHAJA dan tidak mengganggu urusan pembayaran hasil tanah yang lain. Pembayaran cukai tanah boleh dilakukan seperti biasa mulai 2 September 2020 (Rabu).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman portal rasmi Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) Pahang di http://ptg.pahang.gov.my/index...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 6 kali.


Kembali ke Atas