Berita

Penutupan Kaunter Hasil, Kaunter Pendaftaran dan Kaunter Perumahan di Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin pada 31 Disember 2020

Pena Editor

ROMPIN, 29 Disember 2020 - Pada hujung tahun 2020 ini, pihak Pentadbiran Bahagian Pengurusan Tanah, Pejabat Tanah Rompin ingin memaklumkan bahawa waktu operasi akhir tahun bagi Kaunter Hasil, Kaunter Pendaftaran dan Kaunter Perumahan akan hanya beroperasi dari 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari sahaja pada 30hb disember 2020.

Pada 31 disember 2020, kaunter-kaunter tidak akan beroperasi (tutup) dan hanya akan kembali beroperasi semula pada 4 januari 2021, hari Isnin.

Urusan transaksi pembayaran cukai tanah secara atas talian (online) & apliaksi Pahang Go juga tidak akan beroperasi (tutup) pada 30 disember 2020 sehingga 1 januari 2021

Ini adalah berikutan kerja-kerja penutupan akaun akan dijalankan pada hari terakhir tahun 2020. Pelanggan diminta untuk mematuji waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakan sebarang kesulitan berlaku.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 5 kali.


Kembali ke Atas