Berita

Penutupan Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin Berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020

Pena Editor

ROMPIN, 1 April 2020 - Tempoh penutupan Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dilanjutkan bermula pada tarikh 1 April 2020 (Rabu) sehingga 14 April 2020 (Selasa) bagi mematuhi arahan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang seperti diarahkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Adalah dimaklumkan, tiada sebarang urusan kaunter (ditutup) untuk pelanggan sepanjang tempoh lanjutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut. Sebarang urusan pembayaran cukai, dinasiti untuk dilakukan melalui secara atas talian (FPX) dan penggunaan aplikasi PahangGO.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 14 kali.


Kembali ke Atas