Berita

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020

Pena Editor

ROMPIN, 15 April 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin akan terus ditutup dari sebarang urusan kaunter kepada pelanggan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi bermula pada tarikh 15 April 2020 (Rabu) sehingga 28 April 2020 (Selasa). Pembukaan semula kaunter untuk sebarang urusan di Pejabat Daerah dan Tanah Rompin akan diberitahu kelak melalui laman portal rasmi jabatan dan laman sosial facebook jabatan.

Perintah Kawalan Pergerakan adalah di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang seperti diarahkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Adalah dimaklumkan juga, sebarang urusan pembayaran cukai, anda dinasihati untuk melakukan melalui secara atas talian (FPX) dan penggunaan aplikasi PahangGO.


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 4 kali.


Kembali ke Atas