Berita

Perlawanan Bowling Di Antara Rumah Sukan Kelab PEDATAR

Pena Editor

KUANTAN, 31 Mac 2018 - Kelab PEDATAR Rompin telah mengadakan satu perlawanan pertandingan bowling diantara rumah sukan iaitu Rumah Gorilla Biru, Serigala Kuning dan Raptor Merah sempena mengeratkan perhubungan diantara kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin serta memupuk minat bersukan sesama ahli kelab.

Perlawanan tersebut telah diadakan di Premium Lane, Kuantan dengan pernyertaan seramai lebih seratus ahli kelab PEDATAR bersama-sama ahli keluarga. Bagi pertandingan ini, keputusan adalah melalui pengumpulan markah bagi setiap rumah sukan, dan markah tertinggi bagi setiap pemain dalam rumah sukan.

Berikut adalah beberapa foto ketika pertandingan diadakan, dan untuk melihat koleksi foto penuh, sila klik disini

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 80 kali.


Kembali ke Atas