Berita

Program Go Green With SASET disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang

Pena Editor

ROMPIN, 10 Ogos 2018 - Bagi memupuk nilai-nilai murni pada penmeliharaan alam sekitar, SASET dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin telah mengadakan satu program Go Green With SASET di Hutan Simpan Bukit Ibam, Rompin baru-baru yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang, bersama Pegawai Daerah Rompin, Dato' Mohd Zulkifli Bin Hashim dan dif-dif terhormat yang lain.

Dengan kehadiran pelbagai agensi di daerah Rompin serta kerjasama daripada 500 pelajar-pelajar dari pelbagai institusi pendidikan di daerah Rompin, program tersebut berjaya dilaksanakan dengan penanaman 2,000 batang anak pokok di sekitar kawasan hutan simpan tersebut.

Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang amat gembira dengan program sebegini dan mengharap supaya program-program sebegini dapat diteruskan dan diadakan di kawasan-kawasan lain dalam daerah Rompin pada masa akan datang.

Berikut adalah foto-foto sekitar program yang telah dijalankan, untuk koleksi foto lengkap, sila klik di sini atau layari galeri gambar portal yang telah disediakan;


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 49 kali.


Kembali ke Atas