Berita

Program Kembara Ramadhan Temenggong 2018 Bersama Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang

Pena Editor

ROMPIN, 22 Mei 2018 - Sempena sambutan bulan ramadhan yang penuh dengan kemulian ini, satu program telah diadakan iaitu Program Kembara Ramadhan Temenggong 2018 dengan Keberangkatan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang. Program tersebut telah diadakan bertempat di perkarangan Masjid Pontian, Kampung Parit Raja, Kuala Rompin pada jam 2.00 pagi.

Program bermula dengan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong bersama Pegawai Daerah Rompin, Dato' Mohd Zulkifli Bin Hashim DIMP. dan Dif-dif jemputan yang lain memulakan perjalanan Kembara Sahur Temenggong 2018 ke 10 buah Rumah Asnaf pada jam 12.00 tengag malam.

Selesai Kembara Sahur Temenggong 2018 tersebut, Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong bersama Dif-dif jemputan berkumpul di perkarangan Masjid Pontian, Kampung Parit Raja, Kuala Rompin. Ucapan aluan dilakukanoleh YB Kapten (B) Dato' Sri Haji Mohd Johari Bin Haji Hussain, SSAP., DIMP., PPA. Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Kawasan Tioman. Kemudian para hadirin mendengar ucapan oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong.

Selesai masjlis ucapan, majlis Pengurniaan Sumbangan pula dilakukan kepada yang memerlukan dan disudahi dengan Majlis Santapan / Sahur.Pada jam 3.30 pagi, Keberangkatan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong meninggalkan majlis dan bersurai.

Berikut beberapa foto sekitar program tersebut dan anda juga boleh melihat koleksi foto penuh dengan klik sini.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 42 kali.


Kembali ke Atas