Berita

Program Memasak Bubur Asyura Anjuran Biro Agama PEDATAR

Pena Editor

ROMPIN, 16 Oktober 2017 - Baru-baru ini, Program Memasak Bubur Asyura Anjuran Biro Agama PEDATAR telah jayanya diadakan di ruang legar, luar bangunan Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin. Program telah bermula dari seawal 8.00 pagi dan selesai pada jam 4.00 petang dengan bantuan hampir kesemua warga kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin.

Pegawai Daerah Rompin, Dato' Mohd Zulkifli Bin Hashim DIMP. juga turut hadir dan membantu menyediakan bahan masakan dan memasak bubur asyura. Disamping itu, beliau turut menyerahkan agihan bungkusan bubur asyura kepada seluruh wargakerja Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin.

Berikut beberapa foto ketika program dijalankan,

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 70 kali.


Kembali ke Atas