Berita

Proses Sanitasi Di Sekitar Ruang Legar Dan Ruang Kerja di Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin

Pena Editor

ROMPIN, 14 Mei 2020 - Tuan Ahmad Nasim Bin Dato' Haji Mohd Sidek, selaku Pegawai Daerah Rompin telah mengambil inisiatif dengan mengarahkan proses sanitasi dijalankan di sekitar ruang legar yang menjadi tumpuan orang ramai yang datang berurusan dan seluruh ruang kerja kakitangan di jabatan.

Proses dijalankan pada petang tadi dengan bantuan kerjasama daripada anggota Bomba, Balai Bomba Daerah Rompin, seramai 3 orang anggota bomba lengkap dengan alat penyembur khas serta turut dibantu oleh 4 orang kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin bagi memastikan proses sanitasi berjalan dengan lancar dan berkesan.

Proses ini adalah bertujuan memastikan tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai ketika hadir berurusan di Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin terhindar dari kuman dan wabak yang sedang melanda di negara kita.

Halaman ini belum pernah dipaparkan.


Kembali ke Atas