Berita

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat Daerah Rompin Meriah

Pena Editor

ROMPIN, 31 Ogos 2018 - Sempena bulan kemerdekaan dan semangat cintakan negara, Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat Daerah Rompin telah diadakan baru-baru ini bertempat di Pantai Hiburan. Dengan penyertaan kontijen dari pelbagai agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan dan institusi pendidikan, sambutan pada tahun ini lebih meriah dan berjalan dengan lancar.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk oleh Kontijen Polis Daerah Rompin dengan disaksikan oleh Pegawai Daerah Rompin, Dato' Mohd Zulkifli Bin Hashim bersama-sama Y.B. Dato' Sri Hasan bin Arifin, Datuk Shamsiah Arshad, Ir Razali Kassim dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Rompin diatas pentas yang disediakan.

Setiap kontijen yang menyertai perarakan ini hadir dengan pemakaian yang melambangkan identiti Malaysia dan penuh dengan warna-warni. Selain perarakan kontijen, penyertaan kenderaan berhias turut menambahkan lagi kemeriahan pada sambutan hari kebangsaan kali ini.

Untuk melihat foto-foto sekitar sambutan hari kebangsaan tahun 218 peringkat daerah rompin, sila klik pada link ini http://pdtrompin.pahang.gov.my/gallery/photos/29

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 65 kali.


Kembali ke Atas