Berita

Sistem Pendaftaran Pelawat Diperkenalkan Oleh Bahagian Pengurusan Daerah Kepada Orang Ramai

Pena Editor

ROMPIN, 14 Mei 2020 - Kini orang ramai dibolehkan hadir ke Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin bagi melakukan sebarangan urusan kaunter yang berkaitan seperti pembayaran cukai dan lain-lainnya.

Namun itu sebelum sebarang urusan kaunter dapat dilakukan, orang ramai diminta untuk mematuhi arahan- arahan yang telah Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin tetapkan. Selain dari mengambil bacaan suhu badan, pelawat dikehendaki mengisi maklumat diri seperti nama dan nombor telefon bagi rekod simpanan dan rujukan jabatan.

Bahagian Pengurusan Daerah telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Sistem Pelawat kepada orang ramai. Sistem ini memudahkan serta mempercepatkan proses pendaftaran maklumat pelawat yang hadir berurusan tanpa perlu beratur panjang dan menulis didalam buku.

Namun itu, adalah digalakkan orang ramai untuk melakukan temujanji dengan menghubungi jabatan terlebih dahulu sebelum hadir untuk melakukan sebarang urusan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 6 kali.


Kembali ke Atas