Berita

Soal Selidik Kajian Impak Portal MyGovernment

Pena Editor

Kongsikan Pandangan Anda Bagi Kajian Impak Pengguna Portal Rasmi Kerajaan Malaysia (www.malaysia.gov.my)

Soal selidik (survey) ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kepuasan penggunaan Portal MyGovernment serta pandangan orang awam dengan mendapatkan maklum balas pengguna dari segi pengalaman penggunaan disamping mengenalpasti perkhidmatan digital yang diperlukan oleh rakyat.

Maklum balas dan pandangan yang diterima akan digunakan bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan digital kepada pengguna khususnya rakyat Malaysia dan memperbaiki akses perkhidmatan dalam talian kerajaan kearah transformasi perkhidmatan lebih telus.

Sila layari pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe-mv0M1e156pxIEytw1OTpwQq5k9Y9MqMYV9mCoGGlGfw5bA/viewform?usp=sf_link bagi pengisian soal selidik secara dalam talian.

Penyertaan dan kerjasama anda sangatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Halaman ini belum pernah dipaparkan.


Kembali ke Atas