Berita

Taman Negeri Rompin Pahang adalah di antara Hutan Hujan Tropika tertua di dunia

Pena Editor

ROMPIN, 26 September 2020 - Taman Negeri Rompin, Pahang adalah di antara Hutan Hujan Tropika tertua di dunia yang dianggarkan berusia lebih daripada 130 juta tahun dan ia mempunyai hutan asli yang dikelaskan sebagai Hutan Tropika Tanah Pamah Malar Hijau (Tropical Lowland Evergreen Rainforest).

Taman Negeri Rompin terkenal dengan tarikan pelancongan seperti Air Terjun Seri Mahkota, Puncak Guntong Keriong yang merupakan kawasan plateu yang menarik, Padang Tujuh dengan habitat hutan kerangasnya serta aliran sungai di Ulu Kemapan dan Sungai Kinchin.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bertanggungjawab untuk memelihara Taman Negeri Rompin sebagai destinasi ekopelancongan utama (flagship destination) dan hub penyelidikan perhutanan bertaraf antarabangsa.

Jom saksikan video Taman Negeri Rompin di pautan yang di sediakan, https://www.facebook.com/watch...

Ayuh, lawatilah Taman Negeri Rompin, Pahang!
Tempat istirehat, gerbang kedamaian.

Halaman ini baru sekali dipaparkan.


Kembali ke Atas