Latar Belakang

Pada awal kewujudannya, Pejabat Daerah dan Tanah Rompin hanyalah sebuah Pejabat Penghulu bagi Mukim Rompin yang terletak di bawah Pentadbiran Daerah Pekan. Bagaimanapun, pada tahun 1952 ianya telah dinaiktaraf menjadi Pejabat Daerah Kecil Rompin dan pada tahun 1976 Daerah Rompin telah dimasyhurkan menjadi sebuah Daerah penuh iaitu Daerah ke sembilan dalam Negeri Pahang.

Pengisytiharan dan pemasyhuran Rompin sebagai sebuah Daerah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Pengisytirahan ini telah dibuat mengikut seksyen 11 Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Warta Kerajaan Pahang Jilid 29 Bilangan 57 bertarikh 12 Februari 1976.

Keluasan Daerah Rompin meliputi 573,493.3 hektar dan merupakan Daerah kedua terbesar di Negeri Pahang. Daerah Rompin mengandungi lima (5) buah mukim dan tiga puluh tiga (33) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

Pejabat Daerah dan Tanah Rompin terletak di Blok A, Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan Rompin, Kuala Rompin. Pejabat ini diketuai oleh Pegawai Daerah yang juga merupakan Pentadbir Tanah Daerah. Pentadbbiran ini dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Luar Bandar dan Bahagian Pentadbiran Tanah.

 

Sumber: Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin, 2009-2015

Tarikh Kemaskini: 03/04/2018 12:37:25

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 259 kali.


Kembali ke Atas