Berita

Amaran Hujan Berterusan

Amaran Hujan Berterusan

ROMPIN, 25 JANUARI 2023 - SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA) Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sabah: Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Rabu, 25 Januari 2023. SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK) Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Pekan dan Rompin) • Negeri Sembilan • Melaka • Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) • Sabah: Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Tawau (Lahad Datu) sehingga Rabu, 25 Januari 2023. SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Maran, Kuantan dan Bera) • Sarawak: Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) • Sabah: Sandakan (Tongod) sehingga Rabu, 25 Januari 2023.
Keputusan Majlis Kerja Undi Bil.1/2023

Keputusan Majlis Kerja Undi Bil.1/2023

Berikut adalah senarai kontraktor yang berjaya bagi Kerja Undi Pejabat Daerah dan Tanah Rompin Bil.01/2023 untuk makluman dan perhatian Tuan/Puan. Sekian, terima kasih.
Senarai Keseluruhan Kontraktor Yang Telah Membuat Pendaftaran Kerja Undi Bagi Bilangan 1/2023 Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin.

Senarai Keseluruhan Kontraktor Yang Telah Membuat Pendaftaran Kerja Undi Bagi Bilangan 1/2023 Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin.

ROMPIN, 17 JANUARI 2023 - Berikut dilampirkan senarai keseluruhan kontraktor yang telah membuat pendaftaran kerja undi bagi bilangan 1/2023 Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin.
Pemakluman Penutupan Urusan Perkhidmatan Kaunter Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin

Pemakluman Penutupan Urusan Perkhidmatan Kaunter Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin

ROMPIN, 28 DISEMBER 2022 - Kepada pelanggan yang dihormati, Segala Urusan Kutipan Hasil Tanah Bagi Tahun 2022 Di Kaunter Hasil Pdt Rompin Dan Pdtk Muadzam Shah Akan Berakhir Pada 29 Disember 2022 (Khamis) Sehingga Jam 11:00 Pagi. Manakala Transaksi Melalui Financial Process Exchange (Fpx) Dan Aplikasi Pahanggo Akan Ditutup Pada 30 Disember 2022 (Jumaat) Sehingga 1 Januari 2023 (Ahad). Kaunter Hasil Pdt Rompin Dan Pdtk Muadzam Shah Akan Kembali Beroperasi Sepenuhnya Pada 03 Januari 2022 (Selasa). Kaunter Perumahan Pdt Rompin Juga Ditutup Pada Waktu Dan Tarikh Yang Sama. Segala kesulitan amatlah dikesali Terima kasih.
Majlis Perhimpunan Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Rompin bersama YH Dato' Pegawai Daerah

Majlis Perhimpunan Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Rompin bersama YH Dato' Pegawai Daerah

ROMPIN, 12 NOVEMBER 2022 - Majlis Perhimpunan Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Rompin bersama YH Dato' Pegawai Daerah telah diadakan pada awal pagi bertempat di Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Rompin.
Kenyataan Umum Kematian Calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri N.42 Tioman

Kenyataan Umum Kematian Calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri N.42 Tioman

ROMPIN, 19 November 2022 - Dukacita dimaklumkan bahawa calon pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Tioman MD YUNUS BIN RAMLY dari Parti Perikatan Nasional telah meninggal dunia pada 19 November 2022 jam 2.40 pagi. Oleh yang demikian, pengeluaran kertas undi bagi DUN N.41 Tioman adalah ditangguhkan. Penangguhan ini hanya melibatkan DUN berkenaan sahaja manakala pemilihan bagi kawasan Parlimen p. 091 Rompin akan dijalankan seperti biasa. Maklumat lanjut akan dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari semasa ke semasa. Sekian. Dato' Ahmad Nasim bin Dato' Haji Mohd Sidek, Pegawai Pengurus Plihanraya P.091 Rompin.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1197 kali.


Kembali ke Atas