Arkib Berita

Penutupan Kaunter Hasil Tanah Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin Sempena Cuti Hari Raya Aidiladha
29 Jul 2020
ROMPIN, 29 Julai 2020 - Adalah ini dimaklumkan, Kaunter Bayaran Hasil Tanah di Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin akan ditutup pada 29/07/2020 (Rabu) jam 4.30 petang dan dibuka semula pada 3 Ogos 2020 (Isnin). Bayaran Hasil boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui laman Portal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang (PTG)...

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020
29 Jul 2020
(Video Siaran Langsung) Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan pada 28 Julai 2020 (Selasa).

Soal Selidik Kajian Impak Portal MyGovernment
24 Jul 2020
Soal selidik (survey) ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kepuasan penggunaan Portal MyGovernment serta pandangan orang awam dengan mendapatkan maklum balas pengguna dari segi pengalaman penggunaan disamping mengenalpasti perkhidmatan digital yang diperlukan oleh rakyat.

‘Dolphins' Muncul Di Pulau Tioman
23 Jul 2020
ROMPIN, 22 JULAI 2020, Kemunculan ikan Lumba-lumba (Dolphins) di perairan Pulau Tioman hari ini merupakan saat ‘emas' bagi seorang penduduk apabila berpeluang melihat sendiri aksi spesies marin itu sekaligus berjaya merakamkan kejadian itu seperti yang ditularkan ke laman sosial Facebooknya @Norita Sani.

Lima Keluarga Bersyukur Hasrat Miliki Rumah Baharu Tercapai
23 Jul 2020
ROMPIN, 22 JULAI 2020: Seramai lima keluarga di Kampung Tekek, Pulau Tioman bersyukur kerana penantian untuk memiliki rumah baharu akhirnya tercapai. Empat daripada mereka menerima surat tawaran Projek Perumahan Rakyat (PPR), manakala...

Video Sekitar Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang Bersama-sama Masyarakat Pulau Tioman
23 Jul 2020
ROMPIN, 21 JULAI 2020: Kerajaan Negeri Pahang meneruskan pembangunan di Pulau Tioman dengan meluluskan dua projek pembangunan bagi memastikan infrastruktur di pulau itu dapat memberikan keselesaan kepada penduduknya.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1129 kali.
Kembali ke Atas