Berita
Kenyataan Umum Kematian Calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri N.42 Tioman
Dukacita dimaklumkan bahawa calon pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Tioman MD YUNUS BIN RAMLY dari Parti Perikatan Nasional telah meninggal dunia pada 19 November 2022 jam 2.40 pagi.
Oleh yang demikian, pengeluaran kertas undi bagi DUN N.41 Tioman adalah ditangguhkan. Penangguhan ini hanya melibatkan DUN berkenaan sahaja manakala pemilihan bagi kawasan Parlimen p. 091 Rompin akan dijalankan seperti biasa. Maklumat lanjut akan dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari semasa ke semasa.
Sekian.
Dato' Ahmad Nasim bin Dato' Haji Mohd Sidek
Pegawai Pengurus Plihanraya P.091 Rompin.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 10 kali.
Kembali ke Atas