Berita

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)
09 Aug 2021
TELUK GADING, 9 Ogos 2021 - Jalan Feri Lama, Teluk Gading, Rompin DILAKSANAKAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 9 hingga 22 Ogos 2021.

Sesi Kerja Undi Pejabat Daerah dan Tanah Rompin Secara Atas Talian
23 Jul 2021
ROMPIN, 23 Julai 2021 - Sesi Cabutan Kerja Undi Secara Atas Talian bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Rompin. Sesi cabutan telah dijalankan secara langsung melalui Facebook Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Rompin.

Kenyataan Iklan Tawaran Kerja Undi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin Bil 02/2021
13 Jul 2021
ROMPIN, 13 Julai 2021 - Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor G1 yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang beralamat di Daerah Rompin dan masih dibenarkan membuat kerja. Kontraktor telah tamat lesen pendaftaran dan tidak memperbaharui adalah tidak layak menyertai undian.

Program Rebat Bil Elektrik RM40
22 Apr 2021
ROMPIN, 22 April 2021 - Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan kerajaan secara bersasar bagi Ketua Isi Rumah berstatus miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih. Semakan kelayakan bagi program ini boleh dibuat di laman sesawang KeTSA melalui pautan https://semakanrebat.ketsa.gov.my

PKPD Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang Ditamatkan
15 Apr 2021
ROMPIN, 15 April 2021 - PKPD di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang ditamatkan pada 15 April 2021. PKPD tersebut ditamatkan lima hari lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan iaitu 20 April 2021. Kes terakhir positif COVID-19 di Kampung Juara, Pulau Tioman dilaporkan adalah pada 3 April.

Penyampaian Bantuan One-Off kepada Pengerusi JKKK & Timbalan Pengerusi JKKR DUN Tioman
06 Apr 2021
ROMPIN, 6 April 2021 - Penyampaian Bantuan One-Off kepada Pengerusi JKKK & Timbalan Pengerusi JKKR DUN Tioman disampaikan oleh YB Dato' Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain ADUN Kawasan Tioman di Hotel Seri Malaysia Rompin pada 5 April 2021 jam 10 pagi.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1220 kali.
Kembali ke Atas