Piagam Pelanggan
BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH | |
---|---|
PELANGGAN LUARAN | |
1 | Menguruskan urusan terimaan hasil am di Kaunter dalam tempoh 5 minit. |
2 | Menguruskan pengeluaran lesen liquor dalam tempoh satu hari selepas bayaran diterima. |
3 | Mengemukakan maklum balas kepada pengadu dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan diterima. |
4 | Mengambil tindakan atas aduan yang diterima dalam dalam tempoh 14 hari bekerja. |
5 | Memastikan proses pembayaran baucar dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen tuntutan lengkap. |
PELANGGAN DALAMAN (KAKITANGAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH ROMPIN) | |
6 | Mengemaskini portal rasmi jabatan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja dari tarikh borang permohonan yang lengkap diterima. |
7 | Menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan ICT dalam tempoh 24 jam. |
8 | Melaksanakan penyelenggaraan tahunan peralatan ICT di jabatan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu setahun sekali. |
BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH | |
---|---|
UNIT PENDAFTARAN | |
1 | Mendaftar suratcara urusniaga tanah dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja. (Pindah Milik Tanah , Gadaian, Pajakan) |
2 | Mendaftar suratcara bukan urusniaga dalam tempoh masa 1 bulan. (Kaveat, Pusaka, Perintah Mahkamah, Nota) |
3 | Mendaftar suratan Hakmilik Sementara Individu dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja. |
4 | Mendaftar suratan Hakmilik Sementara yang mengandungi 1 hingga 50 hakmilik dalam tempoh masa 14 hari bekerja. |
5 | Mendaftar suratan Hakmilik Sementara yang mengandungi 51 hingga 100 hakmilik dalam tempoh masa 1 bulan. |
6 | Mendaftar suratan Hakmilik Sementara yang mengandungi 101 dan ke atas hakmilik dalam tempoh masa 2 bulan. |
7 | Mengeluarkan sijil carian rasmi dalam tempoh masa 10 minit. |
8 | Keputusan kebenaran pindah milik/gadaian/pajakan di bawah kelulusan Pentadbir Tanah dalam tempoh masa seperti berikut: a.Keputusan kebenaran pindah milik melalui pemberian kasih sayang dan gadaian akan dikeluarkan dalam tempoh masa 1 hingga 2 hari bekerja. b.Keputusan kebenaran pindah milik/gadaian/pajakan penjual dan pembeli akan dikeluarkan dalam tempoh masa 10 hari bekerja. |
9 | Keputusan kebenaran pindah milik/gadaian/pajakan di bawah kelulusan Pendaftar PTG akan dikeluarkan dalam tempoh masa 10 hari bekerja. |
10 | Memproses permohonan perintah jual dalam 12 bulan. |
UNIT PELUPUSAN | |
1 | Mendaftar permohonan pemberimilikan tanah dalam tempoh 15 minit mulai dari penerimaan borang yang lengkap |
2 | Mendaftar permohonan pemberimilikan tanah dalam tempoh 15 minit mulai dari penerimaan borang yang lengkap |
3 | Mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah bagi keputusan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 5 tahun |
4 | Membuat keputusan bagi permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di bawah kuasa Pentadbir Tanah dalam tempoh 3 tahun. |
5 | Mengemukakan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi keputusan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 3 tahun |
6 | Mengeluarkan borang 5A dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh penerimaan fail dari Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang. |
7 | Mengeluarkan Borang 4A dalam tempoh 1 jam selepas penerimaan bayaran |
UNIT PEMBANGUNAN TANAH | |
1 | Permohonan Tukar Syarat Tanah daripada pertanian kepada pertanian untuk keputusan Pentadbir Tanah Daerah dalam tempoh 30 hari. |
2 | Permohonan Tukar Syarat Tanah daripada pertanian kepada pertanian untuk keputusan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 60 hari. |
3 | Permohonan Tukar Syarat Tanah daripada pertanian kepada bangunan ke Pejabat Tanah dan Galian untuk keputusan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 10 bulan. |
4 | Permohonan Pecah Sempadan Tanah untuk keputusan Pentadbir Tanah Daerah dalam tempoh 30 hari. |
5 | Permohonan Pecah Sempadan Tanah untuk keputusan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 60 hari. |
6 | Permohonan Pecah Bahagian Tanah untuk keputusan Pentadbir Tanah Daerah dalam tempoh 30 hari. |
7 | Permohonan Pecah Bahagian Tanah untuk keputusan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 60 hari. |
8 | Permohonan Penyatuan Tanah untuk keputusan Pentadbir Tanah Daerah dalam tempoh 30 hari. |
9 | Permohonan Penyatuan Tanah untuk keputusan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 60 hari. |
10 | Permohonan penyerahan balik tanah dan pemberimilikan semula 204D untuk keputusan PBN dalam tempoh 90 hari. |
UNIT HASIL | |
1 | Menghantar bil-bil cukai tanah kepada pemilik yang mempunyai alamat yang lengkap tidak lewat daripada akhir bulan Mac pada setiap tahun. |
2 | Membuat kutipan luar mengikut jadual yang telah ditetapkan sebelum 31 Mei setiap tahun. |
3 | Menerima bayaran cukai tanah dan lain-lain bayaran berkaitan dengan tanah di kaunter dalam masa 3 minit (jika tiada masalah). |
4 | Menyemak cukai tanah dalam dalam masa 20 minit. |
UNIT KUATKUASA DAN TEKNIKAL | |
1 | Menyelesaikan laporan tanah bagi aduan yang diterima dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum dihantar ke Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang. |
2 | Menguruskan permohonan melihat dan membeli pelan dalam masa 15 minit. |
3 | Mengangkat permohonan LPS + Permit (4B) ke PTG dalam tempoh 3 bulan sekiranya tiada masalah berbangkit. |
4 | Mengangkat permohonan LPS + Permit (4C) untuk keputusan Pentadbir Tanah Rompin dalam tempoh 2 bulan sekiranya tiada masalah berbangkit. |
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH | |
---|---|
UNIT PEMBANGUNAN MASYARAKAT | |
1 | Melaksanakan siasatan permohonan peserta e-Kasih dalam tempoh sebulan dari tarikh penerimaan borang. |
2 | Melaksanakan pelantikan Pengerusi MPKK dalam tempoh 5 minggu dari tarikh kekosongan hingga penyediaan surat bagi diangkat ke BKP, SUK Pahang untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. |
UNIT PEMBANGUNAN FIZIKAL | |
1 | Memastikan gerak kerja projek dilaksanakan dalam tempoh 21 hari bekerja bermula daripada penerimaan surat kuasa atau waran selepas diarahkan oleh KPPD/PPD untuk proses lantikan kontraktor. |
2 | Memastikan urusan pelantikan kontraktor dilaksanakan dalam tempoh 90 hari bekerja selepas tarikh tutup tawaran kerja. |
3 | Memastikan spesifikasi dan rekabentuk projek disediakan dalam tempoh yang ditentukan mengikut jenis pelantikan kontraktor. Tempoh masa tersebut adalah: a) Kaedah Pemberian terus - 21 hari bekerja b) Kaedah secara Undian - 21 hari bekerja c) Kaedah secara Sebutharga - 31 hari bekerja |
4 | Memastikan kerja pengawasan dan pemantauan projek dilaksanakan mengikut tempoh seperti berikut: a) Projek bernilai bawah RM 20,000 - 4 minggu hingga 8 minggu b) Projek bernilai bawah RM 500,000 - 4 minggu hingga 39 minggu |
5 | Menyediakan baucer bayaran peruntukan (perkhidmatan pembekal/kontrak) dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap dan disahkan terima. |
Tarikh Kemaskini: 25/10/2020 12:47:37
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1142 kali.
Kembali ke Atas